Tuesday, October 13, 2020

Tahu Goreng dengan Kacang Panjang


Tahu atau tofu...boleh dimasak pelbagai cara...paling simple goreng kosong dilumur dengan garam kunyit...cicah dengan sambal kecap...sedap...

Untuk resepi ni saya guna 3 keping tahu, potong cube...pecahkan sebiji telur ke dalam tahu dan gaul rata...saute sehingga keperangan dan ketepikan

Tumbuk 3 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih...beberapa biji cili padi jika suka pedas

Boleh tambah ikan bilis atau udang kering jika suka

Tumis bahan tumbuk hingga menguning, masukkan kacang panjang dan goreng sehingga kacang empuk...masukkan garam, sebarang perisa atau sos atau kicap...

Akhir sekali masukkan tahu...gaul rata dan hidangkan...sedapppp...

No comments:

Post a Comment