Tuesday, October 13, 2020

Home made Jeruk Mangga

 

Jeruk mangga muda...mangga ni datangnya dari pokok tepi rumah saya...tak sangka akhirnya ia berbuah lebat juga...#mymum yang tanam...


Jeruk mangga...sedap...masam dan manis...serta crunchy...

Cara buatnya

Belah dua dan buang biji mangga...kemudian rendam dalam air garam semalaman atau 24 jam...

Selepas 24 jam....toskan air garam dan gaul buah mangga dengan gula putih pula (banyak)...

Letak dalam balang dan simpan dalam peti sejuk...

Selepas sehari dah boleh makan jeruk mangga tersebut...

Manis, masam dan crunchy...tiada bahan pengawet yang boleh memudaratkan kesihatan...kecuali kandungan gula yang tinggi...:)

(repost from 2011)

No comments:

Post a Comment