Tuesday, October 13, 2020

Ayam Masak Merah


 Ini adalah ayam masak merah resepi tokma...ayam masak merah ni sebenarnya lebih kurang seperti sambal ayam, bahannya tak jauh berbeza...bawang-bawang dan cili...jom tengok cara saya masak
 Ayam Masak Merah...

Bahan2

Satu ayam ukuran medium, potong kecil

1/2 cawan Cili blender (atau lebih)

1 cawan bawang merah dan bawang besar dikisar 

5 ulas bawang putih kisar atau tumbuk lumat

2 inci halia kisar atau tumbuk lumat

Serai 2 batang, ketuk

Sedikit santan

1 biji bawang besar potong bulat

1 biji tomato potong empat

Cara buat

Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan perap satu jam. Goreng deep fry hingga masak, jangan garing sangat. Ketepikan.

Panaskan 1/2 cawan minyak,  tumis bahan belnder dan serai hingga wangi dan pecah minyak...

Masukkan ayam dan santan...boleh tambahkan tomato sos atau air asam jawa jika nak sedikit masam...

Jangan lupa seasoning dan gula...

Masak hingga mesra...

Siap dah ayam masak merah atau sambal ayam resepi tokma...rasanya pedas, manis, lemak, masam semua ada...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment