Wednesday, September 16, 2020

Cornbread

Untuk resepi cornbread ni, saya dapat dari internet...tak ingat website mana, lama dah saya simpan resepi ni...semalam nak cuba juga buat resepi ni kerana ramai yang komen kat website tu kata ini adalah resepi cornbread yang terbaik....setelah mencubanya saya dapati memang betul, one of the best cornbread recipe yang pernah saya buat dan mudah...

Bahan-bahan:

1/2 cawan butter

1/3 ke 2/3 cawan gula....(terpulang kepada citarasa anda....saya cuma letak 1/3 cawan lebih sikit je...)

2 biji telur, pukul sikit je

1 cawan buttermilk

1/2 sdt baking soda

1 cawan cornmeal

1 cawan tepung biasa

1/2 sdt garam

Cara buatnya:

1) Panaskan oven ke 175C...grease baking pan 8"

2) Cairkan butter dalam deep frying pan medium size...alihkan dari api, masukkan gula....kacau...masukkan cepat telur dan pukul dengan balloon whisk hingga sebati....

3) Campurkan buttermilk dan soda ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati...

4) Masukkan campuran tepung, cornmeal dan garam dan kaup balikkan dengan spatula hingga semua bahan bergaul rata...

5) Tuangkan ke dalam baking pan yang telah di gris tadi dan bakar antara 25 ke 35 minit...

(repost from 2010)

hidangkan dengan Chili Bean


No comments:

Post a Comment