Friday, September 11, 2020

Tomyam


Buat tomyam sangat mudah, tomyam sedap jika sos atau perencah tomyam yang digunakan sedap...terdapat banyak perencah tomyam di pasaran...anda boleh cuba mana yang berkenan...

cara buat tomyam mudah, jerang air dalam periok secukupnya...masukkan perencah...ketuk serai, halia, lengkuas dsbnya...terpulang citarasa anda...

selepas mendidih boleh masukkan berbagai jenis sayuran seperti carrot, kobis, brokoli, kacang panjang, capsicum, bawang besar, cili padi, dsbnya, 

juga makanan laut atau daging, isi ayam, telur puyuh, meatball, chickenball, tofu, wantan, dsbnya...

lebih sedap lagi jika anda boleh masukkan sedikit air kelapa dan isi kelapa muda...

jangan lupa daun limau purut...dan sedikit perahan limau kasturi...

tomyam sedap dimakan begitu sahaja atau dengan meehoom atau kuehteow...atau cicah dengan roti...

yummm!!!!

 



No comments:

Post a Comment