Friday, September 25, 2020

Sambal Belacan Buah Kuini

 Anda pasti tahu bezakan buah kuini dan mangga...bau buah kuini sangat ketara...bau wangi buah...menyelerakan hehe...

Buah kuini boleh diimakan macam tu saja, cicah kicap cili pun ok....tapi kebiasaannya saya suka buat sambal dengan buah ini...

Caranya mudah sahaja...

Tumbuk sambal belacan (pasti semua orang tahu buat sambal belacan kan..:)
Iaitu cili merah cili padi belacan garam,,,tumbuk lumat, masukkan sedikit gula atau perisa...akhir sekali masukkan hirisan buah kuini secukupnya...lenyek2 kan buah tersebut supaya mesra dengan sambal...

Jika buah kuini tersebut sedia manis, memang sedap...namun jika tak manis boleh ajer tambah gula melaka...sedap... 
(repost from 2011)

No comments:

Post a Comment