Thursday, September 24, 2020

Roti Wholemeal

Sekali sekala saya suka buat roti sendiri...buat roti senang sahaja...jika tak rajin uli tangan boleh uli dengan mesen mixer...terdapat banyak resepi roti di internet...dari resepi yang sangat simple kepada resepi yang sangat complicated...:)

Jom tengok cara tokma buat roti...

Bahan2:

1 1/2 cawan air suam

1 paket yis

3 sdb unsalted butter

1/4 cawan madu

3 3/4 cawan tepung whole wheat (tambahan 1/2 cawan jika perlu)

1/2 sdt garam

Cara:

Campurkan yis ke dalam air suam biarkan 5 minit sehingga yis kembang... 

Masukkan 3 cawan tepung ke dlm mangkuk mixer dan masukkan garam,..gaul rata...masukkan campuran yis, butter dan madu...uli kelajuan sederhana..selama 3 minit

Uli dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sambil masukkan lebihan tepung (tambah tepung jika perlu)...uli sehingga doh elastik atau sehingga doh tidak lagi melekat pada mangkuk...

Keluarkan doh dan letak dlm mangkuk yang telah dilenser dengan butter atau minyak...tutup dengan kain atau plastic wrap dan biarkan ia mengembang selama 45 minit atau dua kali ganda dari kuantiti asal...

Tumbuk dan bentuk doh dan letak dalam loaf pan dan biar selama 30 minit atau sehingga roti kembang...preheat oven dan bakar selama 40 ke 45 minit pada suhu 180C.

Keluarkan dari oven dan biar 5 minit...kemudian keluarkan roti dari loaf pan dan biar sejuk atas dulang wire sehingga sejuk...


Roti ini sesuai untuk mereka yang sedang dalam proses diet...sesuai utk sandwich atau makan camtu sahaja disapu butter dan jam...makan dengan curry pun sedap...selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment