Sunday, September 27, 2020

Rendang Kerang dengan Pucuk Paku

 

Rendang kerang dengan pucuk paku, terdapat banyak resepi rendang sebelum ini...

sama sahaja caranya...

Saya kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lengkuas, serai...(agak-agak kuantiti)

Tumis dulu hingga pecah minyak...saya tambah sikit rempah rendang babas...saja nak cuba...

Tokma memang penggemar rempah ratus Babas (bukan nak iklankan) tapi ia kenyataan...

Untuk kari tekari memang saya suka guna rempah Babas atau Aligapas...sesuai dengan selera :)

Kerang tu rebus dan kopek isinya...

Bila pucuk paku dah separuh empuk, masukkan pati santan, asam keping, 

garam, gula, perisa...gaul rata...

Masukkan kerang, kerisik dan daun kunyit hiris...

Masak hingga kering...

(semua kuantiti bahan anda kena agak2 sendiri)

(repost 2012-entri yg sama dengan entri sambal udang ni)

No comments:

Post a Comment