Monday, September 14, 2020

Petai


Ini adalah entri pertama untuk blog 1001resepi versi baru. Sebenarnya tiada apa yg baru, sama jer cara penyampaian :)

Ceritanya;

Hari minggu lalu saya ke Kota Bharu, ada hal sikit...KB memang best untuk jjcm, banyak jenis makanan yang boleh kita cuba...gerai, warung, restoran, cafe berderetan di tepi jalan...nanti InsyaAllah saya akan share beberapa jenis makanan yang saya cuba di sana...

Dalam perjalanan pulang, terdapat banyak orang menjual petai, buah-buahan dan berbagai kudapan di tepi jalan...kami berhenti dan menjamu selera makan durian kampung yang sedap dan murah berbanding harga di ibukota...dan juga memborong petai...murah sangat harganya berbanding di KL (KL mana ada benda yang murah :)




Hari ni jenuh juga saya mengopek petai yang banyak untuk disimpan dalam peti sejuk beku, jika tak dikupas petai mudah kecut...sayang pulak....jika kita bekukan petai tetap segar dan boleh digunakan bila-bila masa jika teringin nak makan sambal petai atau nasi goreng petai...

Pagi tadi saya buat nasi goreng petai (lupa pula nak ambil gambar) dan petang tadi saya buat sambal tumis petai dengan ikan bilis goreng...berselera encik suami makan cicah dengan pulut tanak.

Cara saya buat sambal petai...mudah saja....goreng dulu ikan bilis secukupnya sehingga garing...ketepikan...


Tumis beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk lumat dan sedikit bawang besar yang dihiris, tumis sehingga wangi...

Masukkan cili blender secukupya dan kacau rata sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sedikit serbuk belacan dan air asam jawa secukupnya...kacau, kemudian masukkan petai, kacau lagi sehingga rata...tambahkan garam, gula dan perisa...aduk rata dan boleh dihidangkan...

makan dengan nasi panas atau roti atau apa saja...pasti menyelerakan...

Selain buat sambal tumis, anda boleh buat sambal tempoyak petai, rebus dengan kulit dan cicah sambal belacan, buat masak lemak dengan pucuk ubi, buat rendang petai dengan udang atau pucuk paku...dan banyak lagi resepi menggunakan petai...

Banyak lagi stok petai saya dalam peti sejuk...nanti bolehlah saya share beberapa resepi petai kegemaran encik suami...InsyaAllah...


Video-video ini saya upload tidak mengikut susunan yang sebenar...harap anda boleh agak-agaklah ya yg mana dulu dan kemudian...

1 comment:

  1. Harap pembaca budiman boleh tinggalkan komen sebagai tanda sokongan kepada blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete