Friday, September 25, 2020

Ikan Tenggiri Masak Kicap

 

Masakan yang sangat mudah, cara yang sama utk masak ayam, daging, seafood dsbnya...

Jom tengok cara saya masak kicap...


Bahan utama

3 keping isi ikan tenggiri

lumur garam dan kunyit dan goreng seperti biasa, ketepikan


Bahan tumbuk

Bawang merah 5 ulas

Bawang putih 3 ulas

Halia 1/2 inci


Lain-lain bahan

Rempah kurma 2 sdb

Cili blender 2 sdb

Sos tomato 2 sdb

Kicap manis 3 sdb

Kicap tamin 3 sdb

Buah tomato 1 biji belah 4

Cili merah dan cili hijau dibelah

Bawang besar potong bulat

Daun sup daun bawang, hiris halus


Cara

Panaskan minyak 3 sdb

Tumis bahan tumbuk hingga keperangan

Masukkan cili blender, kacau satu minit, masukkan rempah kurma, kacau 1 minit

Masukkan bawang dan cili potong serta tomato, kacau 1, 2 minit

Masukkan ikan, kacau sebentar

Masukkan sos dan kicap

kacau sebentar supaya ikan mesra dengan sos dan rempah

Angkat dan hidangkan, tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng


(repost from 2012)

No comments:

Post a Comment