Thursday, September 5, 2019

Travel Hokkaido ~ Hakodate


Day 1
Arrived Hokkaido in the morning...selepas ambil kereta kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama iaitu bandar Hokadate. Bandar Hakodate terletak 300km ke selatan Sapporo...perjalanan mengambil masa 4 jam.

Sampai Hakodate dah petang, hujan renyai-renyai...aktiviti terbantut, singgah convenient store beli roti, susu dan telur...kemudian terus ke hotel, check-in...tak keluar dah...keletihan...makan bekalan makanan yg dibawa, masak nasi dan rendang Brahim, goreng telur...Alhamdulillah...esok menanti...:)

ketam ni harganya rm1000 lebih...tak tertelan tokma :)

Day 2 ~ Hakodate
Selepas breakfast apa yang ada, kami keluar sightseeing...destinasi pertama pasar seafood yang popular di Hakodate...Asaichi Morning Market.

Jalan-jalan sambil cuci mata...macam-macam jenis seafood ada...kebanyakan yang saya tak pernah lihat di KL...sea urchin, abalone, sotong yang pelik rupanya, ketam berbulu, ketam gergasi, macam-macam jenis ikan...memang bestlah...harga? you cannot imaginelah...mahal kemain terutama ketam yang boleh menjangkau sehingga ribuan ringgit seekor...tokma tak sanggup nak makanlah, walau ada duit :)...kecuali jika dijamin tokma akan tukar jadi Cinderellah, 😏 baru tokma nak makan...hihiiii....

Ketam is ketam, pasti rasa ketam, jika sedap macam mana pun tak mungkin lain dari rasa ketam...kecuali ketam rasa ayam atau itik pasti tokma nak cuba :)...saya dalam dunia nyata...kurang berfantasi...hehe....my opionionlah...kalau sapa nak makan...makanlah....tepuk dada tanya selera...

Lunch kami makan di sini juga...nantilah tokma share gambar later ye...:)

semua mentah
Selepas Asaichi market kami ke satu lagi destinasi...iaitu Kanemori Red Brick Warehouse...a must visit destination...bangunan batu bata di tepi jeti...dulu-dulu katanya ini tempat saudagar kaya stor hasil tangkapan laut...kini jadi salah satu tarikan pelancung...dekat sini ada Mart yang jual berbagai jenis kudapan manis seperti kek, cookies, biscuits, dried fruits, candies, chocolate, seafood, etc...all made in Japan...


Dalam Bangunan ini terdapat shopping outlet, kedai menjual cenderamata, restaurant, cafe...jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan tempat ini boleh google ye...tapi tokma memang rekomenlah dtg ke sini...nice place to visit and photography...



Next destination Goryōkaku
Tempat yg harus dilawati jika ke Hakodate (boleh google untuk maklumat lanjut)...jika dtg pada musim bunga atau autumn memang cantik...masa tokma gi musim panas...so pemandangan dari atas tidaklah secantik ketika musim bunga sakura, musim luruh atau winter...(google image)

Hampir petang kami balik ke Hotel penginapan untuk solat dan rehat...cadang nak keluar semula...tapi tak jadi akibat keletihan dan hujan...esok sambung lagi ye...

Nanti tokma share video...

No comments:

Post a Comment