Tuesday, September 17, 2019

Travel Hokkaido ~ Hakodate to Sapporo


Salam, saya nak sambung sikit lagi cerita Hakodate...
Hari ketiga di Hokkaido, kami masih lagi di Hakodate...menginap dua malam di Hotel Paco...


Selepas check out kami meneruskan perjalanan patah balik ke Sapporo, akan menginap satu malam kerana keesokan paginya anakanda tokma Hani akan sampai...dia datang lewat sikit sebab ada exam...ye dia rajin belajar dan masih lagi belajar...hehe...

  Dalam sebuah pasaraya di Kanemori Redbrick Warehouse



 Motomachi district

Motomachi District sebuah kawasan perumahan lama...cantik tempat ni...atas bukit...jika ada kesempatan singgahlah ke sini...kalau guna public transport jenuh juga nak jalan kaki untuk sampai ke sini...terpaksa mendaki...:)


Lawson ~ merata-rata...selain Lawson ada Family Mart dan 7Eleven
 yg sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan tourists

Otoshibe - sebuah perkampungan nelayan, kampung nelayan pun cantik dan bersih...tumpang seronok tengok negeri depa ni...sangat disiplin dalam menjaga kebersihan...


Jigoku Hell Valley


Nanti Tokma cerita lagi ye...

Thursday, September 5, 2019

Travel Hokkaido ~ Hakodate


Day 1
Arrived Hokkaido in the morning...selepas ambil kereta kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama iaitu bandar Hokadate. Bandar Hakodate terletak 300km ke selatan Sapporo...perjalanan mengambil masa 4 jam.

Sampai Hakodate dah petang, hujan renyai-renyai...aktiviti terbantut, singgah convenient store beli roti, susu dan telur...kemudian terus ke hotel, check-in...tak keluar dah...keletihan...makan bekalan makanan yg dibawa, masak nasi dan rendang Brahim, goreng telur...Alhamdulillah...esok menanti...:)

ketam ni harganya rm1000 lebih...tak tertelan tokma :)

Day 2 ~ Hakodate
Selepas breakfast apa yang ada, kami keluar sightseeing...destinasi pertama pasar seafood yang popular di Hakodate...Asaichi Morning Market.

Jalan-jalan sambil cuci mata...macam-macam jenis seafood ada...kebanyakan yang saya tak pernah lihat di KL...sea urchin, abalone, sotong yang pelik rupanya, ketam berbulu, ketam gergasi, macam-macam jenis ikan...memang bestlah...harga? you cannot imaginelah...mahal kemain terutama ketam yang boleh menjangkau sehingga ribuan ringgit seekor...tokma tak sanggup nak makanlah, walau ada duit :)...kecuali jika dijamin tokma akan tukar jadi Cinderellah, 😏 baru tokma nak makan...hihiiii....

Ketam is ketam, pasti rasa ketam, jika sedap macam mana pun tak mungkin lain dari rasa ketam...kecuali ketam rasa ayam atau itik pasti tokma nak cuba :)...saya dalam dunia nyata...kurang berfantasi...hehe....my opionionlah...kalau sapa nak makan...makanlah....tepuk dada tanya selera...

Lunch kami makan di sini juga...nantilah tokma share gambar later ye...:)

semua mentah
Selepas Asaichi market kami ke satu lagi destinasi...iaitu Kanemori Red Brick Warehouse...a must visit destination...bangunan batu bata di tepi jeti...dulu-dulu katanya ini tempat saudagar kaya stor hasil tangkapan laut...kini jadi salah satu tarikan pelancung...dekat sini ada Mart yang jual berbagai jenis kudapan manis seperti kek, cookies, biscuits, dried fruits, candies, chocolate, seafood, etc...all made in Japan...


Dalam Bangunan ini terdapat shopping outlet, kedai menjual cenderamata, restaurant, cafe...jika anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan tempat ini boleh google ye...tapi tokma memang rekomenlah dtg ke sini...nice place to visit and photography...



Next destination Goryōkaku
Tempat yg harus dilawati jika ke Hakodate (boleh google untuk maklumat lanjut)...jika dtg pada musim bunga atau autumn memang cantik...masa tokma gi musim panas...so pemandangan dari atas tidaklah secantik ketika musim bunga sakura, musim luruh atau winter...(google image)

Hampir petang kami balik ke Hotel penginapan untuk solat dan rehat...cadang nak keluar semula...tapi tak jadi akibat keletihan dan hujan...esok sambung lagi ye...

Nanti tokma share video...

Monday, September 2, 2019

Trip to Hokkaido

Assalam,
Lama tak update, jawapan mudah "tokma malas"...hik hik
Hari ni tak rajin sebenarnya, tapi rasa macam tak patut jer kalau tak update something...:)


OKlah, mai tokma cerita sikit pasal my trip ke Hokkaida
date: June 29 until 10 July 2019
traveller: hubs, myself, and younger son...later after 3 days Hani joined


Route:
Flight AA malam from KLIA2
Day 1: Sapporro Airport to Hakodate (2 malam)
Day 3  Hakodate to Sapporo (1 malam)
Day 4: selepas jemput Hani di airport terus drive ke Furano (3 malam)
Day 7: Furano to Otaru (2 malam)
Day 9: Otaru to Sapporo (2 malam)
Day 11: Morning flight ~ Sapporo to KLIA


Kenderaan: Sewa dari Tabirai Car Rental (Nippon)
Internet: Portable wifi (sewa dari KLIA)

Hotel:
Hakodate: Hotel Paco
Furano: Airbnb (Gofu)
Otaru: Airbnb
Sapporo: Randor Residential Hotel

Overall: Hokkaido terletak di utara Jepun, pulau yang agak terpencil dan kurang padat berbanding bandar lain Jepun. Namun, wp tak ramai manusia, pulau tersebut menarik dan banyak lokasi menarik untuk pelancung...Jika anda benar2 ingin melihat dan jelajah Hokkaido, sebaiknya sewa kereta...public transport ada, tapi dlm bandar sahaja...jika nak ke bandar2 lain kenalah ada kenderaan sendiri...lebih selesa dan boleh travel ikut naluri sendiri...mana nak makan? mana nak tidur? apa nak tengok? mana nak berhenti?

Jepun negara 'mahal' so janganlah terkejut ye...:)

InsyaAllah jika ada kerajinan nanti tokma sambung lagi...#tokmadihokkaido