Monday, March 25, 2019

Kunming ~ Shuncheng Mosque and street food

roti goreng, tak beli sebab kekenyangan
...tapi roti ni nampak sedapkan...
lauk nasi campur, terus terang tokma tak berapa nak jalanlah lauk depa ni :)

kek mungkin
makcik meniaga roti berbagai jenis...
kkida beli roti ni ala-ala potato bread gitu...
Pada hari ketiga di Kunming sebelum bertolak ke Dali tokma jalan-jalan kota Kunming, selepas menikmati keindahan bunga-bunga cherry blossom di Kunming Zoo kami menuju ke Green lake park sebelum ke Shuncheng Mosque...dear hubs kata nak merasa solat jumaat di masjid Kunming...


Sebelum tu tokma pernah terbaca sekitar Shuncheng Mosque ada banyak muslim food....dari Green Park weall ambik DD...mudah sangat...tokma memang rekomen youall yg nak ke Kunming Dali dan Lijiang install app ini...:)

 DD drop kami berhampiran muslim street food...fuh! like heaven kat situ...banyak pilihan makanan...tak tau nak makan apa...so kkida pun ikut jelah orang Q ambik makanan...nasi campur...lol

Selepas makan kkida relax jap kat area kedai makan tu sementara hubby gi solat jumaat...selepas selesai solat jumaat kkida pun masuk ke kawasan masjid utk lihat dari dekat suasana masjid Shuncheng (jika ingin lebih detail info berkaitan masjid ni anda boleh google)

orang perempuan ramai dalam kawasan masjid ketika itu kerana ada jenazah, ada orang meninggal...mungkin saudara mara mereka...kkida tunggu juga nak tengok bagaimana muslim Kunming melakukan pengurusan jenazah...tapi sebab lama sangat menunggu dan tak paham apa yang mereka katakan, kami pun beredar balik ke hotel dengan DD....malam tu kkida dah book tiket utk melihat Dynamic Show, Yunnan Impression Show (please google)




Jam lima petang kami keluar semula selepas rehat dan solat... kami menuju ke Masjid Nancheng pula...saja nak lihat persekitaran masjid tersebut...kebanyakkan masjid yang kami ziarah terletak di tengah bandar...sebenarnya islam telah lama bertapak di Yunnan...sebab tu most masjid terletak tengah bandar yang mungkin zaman dulu adalah kampung muslim...


dalam kawasan masjid Nancheng ada restaurant...kami pun makanlah apa yang ada masa tu sbb dah petang dan kedai pun nak tutup...selepas makan kami jalan kaki menuju ke lokasi untuk menonton Yunnan Dynamic show...please google for more info...(mee dan nasi goreng atas/bawah sedap, tapi very oily lahhhh....:)

Untuk show tersebut tokma bagi rating 8/10...jika ada masa youall pergilah tonton...pada saya show tersebut ok juga...ada sesetengah scene memang menarik...wbp mereka tak benarkan kita ambik gambar atau video...so tokma tak dapat nak share apa2 berkaitan show tersebut...

Nancheng Mosque
tokma sambung lagi, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment