Saturday, March 23, 2019

Kunming dan Stone Forest


Salam, saya tiba Kunming airport dengan Air Asia (biasalah, tokma's favourite airline :)
Tiba jam 4 lebih (PM)...saya dah aturkan dengan hotel untuk servis airport transfer. Wbp, tanpa airport transfer pun ok, teksi, bas, kereta sewa banyak...jika anda telah download app DiDi ala Grab, anda boleh call utk dapatkan servis mereka (tak pasti samada dibenarkan di airport Kunming, you all kena google sendiri ye)...

Internet, boleh dapatkan simcard China dari Msia, tokma beli dengan Hello1010...boleh hotspot dan boleh layari IG, FB dan lain2 yg disekat di China (internet hotel tak boleh diharapkan ok)...jika anda tak suka nak tukar simcard pada Hp bolehlah dapatkan portable wifi...lebih mudah...harga lebih mahal...Samurai, Roaming Man, Klook antara yg sediakan perkhidmatan ini...ambik di KLIA2 dan return back di tempat yg sama...


Setelah selesai urusan imigresen dan luggage, kami terus keluar...wakil dari hotel penginapan telah menunggu di luar...pegang nama tokma :)

Perjalanan ke hotel ambik masa sejam juga (jarak dalam 25km) sebab jalan jam (waktu orang keluar pejabat)...check-in hotel (Haitian Hotel)...bilik amat selesa...one king bed and one extra bed...toilet very clean (sangat penting buat tokma :)


Selepas check-in kami keluar jalan-jalan cari makan...lokasi hotel memang cantik, tengah bandar....mula-mula ingat nak ambik DiDi dari hotel ke Yongning Mosque, tapi hubby ajak makan angin...jauh jugalah dalam satu km jalan dari hotel :)

Malam tu dinner di Yongning Mosque, mee sup dan daging itik seperti foto di atas (staple food mereka)


Esoknya pagi-pagi lagi kami keluar, ambik Didi menuju ke South train station untuk ambil speed train ke Stone Forest...wbp, tokma nasihatkan youall janganlah ambik speed train cam tokma buat tu...baik sewa kereta dari hotel (mahal pun takpa, lebih berbaloi kalau ramai) atau jika nak jimat ambil bas express dari Kunming bus station...dari sejam setengah journey jadi 3 jam...buang masa dan letihlah cara tokma tu...:(


Sampai Shilin/Stone Forest dah tengahari...dalam cuaca panas...kami dapatkan servis english tour guide dan Hani sewa kerusi roda utk tolak tokma...:) tak larat nak jalan sebab tempat tu luas (pertama kali tokma kena jenjalan dengan kerusi roda...hik hik...menunjukkan tokma dan tua dan tak lama lagi memang tak boleh ke mana-mana dah...dok rumah jelah...:)


Wbp, Stone Forest memang cantik, tambahan musim bunga sakura...kawasannya luas dan bersih, toilet juga bersih dan ada sit toilet utk kita yang tak mampu nak mencangkung...:)

Batu-batan yg timbul dari muka bumi dan berdiri tegak bagai sebuah statue...ada bermacam saiz dan bentuk...rasa takjub dengan ciptaan Allah SWT...nasib hire guide, kalau tak pening juga nak pusing keliling dalam taman tu....dahlah luas, ada banyak pula laluan dan lorong...sekurangnya kita tak buang masa merayau tak tau hala tuju...kami habiskan masa 3 jam dalam taman tu...

petang jam 3 lebih ambik bas balik ke bandar Kunming...boleh jer nak ambik teksi jika malas nak naik bas, merasa juga tokma naik bas 😐...selama hari ni travel tak pernah naik public transport, kecuali tube atau subway di japan/london/seoul)...interesting juga sebenarnya 😍

belakang tu  adalah main area/compund taman rimba
 batu shilin...nak bergambar pun payah, orang ramai



youall kena lihat sendiri yang nyata, dalam gambar ni nampak biasa jer...




Tiba hotel dah 6 lebih, nasib sempat solat :')

Malam tu kami keluar makan ke kedai makan berhampiran hotel...sate dan mee (makan asal kenyang)...sate sedap, mee pun sedap...balik malam tu tido lena, letih dan happy sebab misi nak melihat hutan batu telah jadi kenyataan...Alhamdulillah...


tokma sambung lagi...InsyaAllah





No comments:

Post a Comment