Monday, January 7, 2019

Qutub Minar

Kali kedua kkida ke New Delhi adalah pada tahun 2016...route KL-Hyderabad-Lucknow-Delhi-KL. Nanti bila-bila kkida share cerita Hyderabad dan Lucknow...nak kena cari gambar dulu...lol

Selepas Hyderabad dan Lucknow kkida singgah ke Delhi...kali pertama pergi tahun 2010 dengan anak-anak semua...tahun 2016 hanya seorang ajer anak yg ikut...jadi bodyguard mama dan ayah...:)


India adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan bermacam kesah dan cerita...taraf kehidupan yg jauh berbeza dengan kita...anda pasti akan tekejut jika dtg ke negara ini...cannot imagine bagaimana struggle nye mereka untuk hidup...maksud kkida rakyat peringkat bawahan...kesusahan yg melampau...takda kat negara kita 😌...maka hendaklah kita bersyukur kerana dilahirkan di negara tercinta ini....:)

kkida tiba di delhi selepas menginap 3 malam di Hyderabad dan 2 malam di Lucknow...dari Lucknow kkida naik pesawat ke Delhi...tiba Delhi terus ke hotel...nginap dua malam di hotel...sebelum ke airport pada hari akhir, kkida singgah rumah Harlina...kenal melalui ig kkida 😂...Harlina jemput kkida singgah rumah sebelum balik...suami Harlina bekerja di pejabat kedutaan Malaysia di India...

Curry Harlina memang sedap sangat...belajar
 dgn mak mertua Halina kata...dah kawin dengan
 org Penang kenalah belajar masak kari stail Penang
sambal belacan...yummm
sambal udang besaq kemain
dua dua org Penang...hehe
Harlina 😍
Harlina ni baik sangat orangnye...love you so much Harlina...jika Harlina baca entri kkida ni kkida ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana melayan kami tiga beranak dulu...walaupun dah dua tiga tahun berlalu, baru kini nak update kat blog...😂

Harlina jamu kami makan hidangan yang sangat sedap...kari ikan, sambal udang, sambal belacan, tempe goreng pun ada...fuh!!! memang tak boleh kkida lupakan...anda memang terer masak le Harlina...patutnya kena buat blog dan share cooking skil Harlina tu...:)

Sementara tunggu Harlina siapkan hidangan tengahari kkida ke sebuah lokasi yg bersejarah...Qutub Minar...Harlina siap hire driver utk hantar kami ke situ...tq so much Harlina and hubby...💖

ada bangunan yg sangat penting di negara
kita yg tiru QM...anda teka bangunan yg mana satu?
masjid ini dibina ketika zaman kegemilangan islam di India 600 tahun lalu
muka-muka patung ditarah...

Jika anda ingin tahu sejarah Qutub Minar silalah google ye...hehe...tokma malas nak tulis panjang-panjang kat sini...:) sekarang ni semua info di hujung jari ajer...jangan malas ek!!!

Petang selepas rehat sebentar dan solat Harlina bawa kkida gi jenjalan ke satu tempat ni...tak ingat dah apa nama lokasi tersebut...tempat tu menjual berbagai barangan kraft dari serata pelosok India...jika ikutkan hati semua kkida nak beli nbawa balik...memang menarik sangat...


Malam selepas solat Harlina dan suami sediakan kereta dan driver untuk hantar kami ke airport....terima kasih sangat pada Harlina dan suami kerana bersusah payah melayan kkida...kata Harlina dia memang sering terima tetamu dari Msia terutama sekali kawan-kawan dan saudara mara...katanya dia memang suka jika ada tamu dari Msia yg singgah ke rumahnya...:)


Kediaman mereka tinggal tu memang khas untuk semua kakitangan Kedutaan Msia di India...kawasannya cantik dan berhampiran dengan sebuah taman yg dipenuhi bunga ros...nantilah tokma cari balik foto-foto yg ntah ke mana letaknya...😑

No comments:

Post a Comment