Thursday, January 3, 2019

Gaugane Barra ~ Ireland


Assalam, kkida nak share satu lagi lokasi yg cantik di Ireland, masih lagi terbayang keindahan tempat tersebut....lokasi yg sangat jarang orang kunjungi kerana ia agak terpencil...dari Killarney jaraknya lebihkurang 50km...

Mula-mula kkida tak plan nak ke situ...tapi my son Aiman kata cantik tempat tu dan ajak kami ke sana...oklah, since dia dah pernah pergi dan kata cantik kkida pun teruja nak tengok...

Perjalanan dari Cork ke Gaugane Barra agak bersimpang siur sebab kami ambik jalan kampung...memang terasa jauh sangat, walhal jaraknya cuma 70km dari Cork...


Wbp, memang hilang letihlah bila sampai ke GB kerana anda tengoklah sendiri, air tasik tu dah macam cermin membalikkan image pemandangan sekelilingnya...awan kelihatan putih dari permukaan tasik dan lihatlah image church tersebut...Subhanallah...memang terpegun kkida melihatnya...

Pemandangan realiti sangatlah cantik wp cuaca agak suram...

macam2 gaya, ada yg menari ada yg selpie ada yg....

Masing-masing mencari pot terbaik untuk ambik gambar...rasa macam tak cukup-cukuplah...semua tempat pun pemandangannya cantik.

Sebenarnya warna bukit keliling tu sangat kuning kerana dah masuk musim autum...tapi hp tokma tak canggihlah nak rakam gambar pemandangan yg sangat indah itu...

Church tersebut menjadi objek utama dalam setiap foto GB...
anda boleh google for more photos of GB

refleksi yg sangat serupakan...seolah gambar diterbalikkan...jika tengok dengan mata kepala sendiri pasti anda akan terpegun...


Kawasan GB sangat luas, terdapat hutan pokok simpan berhampiran....memang sangat cantik dan scenic, jika shooting drama kat situ pasti hasilnya sangat awesomelah...

Bagi ahli photographer jika anda ke Ireland eloklah singgah ke tempat ini...tokma tak tipu...:)

terdapat cafe dan hotel dalam kawasan tersebut...

Itu jelah cerita kkida kali ini...kami meluangkan masa dalam dua jam kat GB sebelum meneruskan perjalanan ke Killarney...(ada videonya, nanti tokma share ye...:)

InsyaAllah nanti tokma sambung lagi cerita ini ye....salam jumaat semua...jom baca Al-Kahfi dan Yaasiin malam ni...

Assalamualikum 😍


No comments:

Post a Comment