Monday, January 28, 2019

cokodok durian dan roti inti durian


cokodok durian, sama seperti buat cokodok pisang...

isi durian

tepung self raising

sedikit garam

sedikit air

campur semua bahan dan gaul rata sehingga boleh dijemput-jemput dengan jari

Panaskan minyak dan goreng seperti biasa...

isi durian
camourkan tepung dan garam dan gaul rata dengan air


 Roti goreng isi durian


jika jemu makan durian cara biasa, buatlah seperti resepi ini...

isi durian

roti 2 keping

minyak

tekap dengan gelas 
sedia untuk digoreng
hasilnya

sedap, tokma suka


 itulah dua resepi tokma yg mudah saja....

Tuesday, January 22, 2019

New Zealand trip ~ Arrowtown, Queenstown dan Glenorchy

Arrowtown 

Salam,
Nak sambung sembang NZ...banyak lagi ni...:)

Kenapa saya menginap di Arrowtown dan tidak di Queenstown? Sebab nak duduk tengah-tengah antara Queenstown dan Wanaka. Sebab plan nak ke dua-dua tempat tu...bila tengok kat map Arrowtown terletak tengah-tengah antara dua pekan tu....dan Arrowtown juga adalah bandar tourist...bandar kecil yg comel...

jalan meniju ke hotel penginapan dan pekan kecil Arrowtown
pokok yg lebat berbunga
KKida menginap di Arrowtown selama 3 malam...pada hari pertama sampai dah petang...hari kedua kami ke Queenstown dan Glenorchy, hari ketiga ke Wanaka (entri sebelum ini)...harid keempat check-out dan menuju ke Milford Sound...InsyaAllah nanti kkida share photo-photo perjalanan ke Milford Sound.

Perjalanan menuju ke Glenorchy

Anda harus ke Glenorchy jika ada kesempatan ye...tempat ni memang cantik...ada small hotel dan ada parking utk caravan atau motor home...cafe pun ada...

Queenstown 

lake Wakatipu
pemandangan bandar Queenstown dari puncak bukit stesen cable car
Queenstown adalah bandar tourist...cantik...tumpuan pelancung memanglah ke sini...terdapat pelbagai aktiviti di Queenstown...salah satu yg popular adalah speedboat merentasi tasik dan sungai sekitar bandar ini...

Nak sembang pun tokma tak tau...so youall enjoy jelah tengok gambar-gambar ni ye...kot-kot ada yg nak ke NZ bolehlah cari ilham dari trip tokma ni...


Nanti kkida upload more photos, InsyaAllah

Saturday, January 19, 2019

Aiman's Graduation day ~ Dublin, Ireland

photo-photo di St Stephen's Green Garden
berhampiran RCSI
cantik...warna-warna autumn

 Salah satu sebab kkida and hubby ke Dublin adalah untuk menghadiri majlis konvo anakanda kami Aiman. Man belajar kat Dublin Business School...dah terlanjur nak jejakkan kaki ke pulau tersebut yg tak pernah terlintas di hati saya...maka eloklah kita explore sekali negara tersebut kan...dan Alhamdulillah...not bad actually Ireland ni...cuma negara tersebut mungkin kurang popular jika dibandingkan dengan negara eropah yang lain...maybe sebab lokasi atau kurangnya publisiti...

popular street di Dublin, tokma tak ingat dah nama tempat ni...
terdapat banyak old building di Dublin
salah satu shopping mall, cantik...
 Bandar Dublin...cantik...Dublin ini sejak dulu memang terkenal dengan pelajar-pelajar Malaysia yg dtg utk belajar di RCSI...kolej perubatan yg terkenal tu...

RCSI - timbalan menteri kita sekarang ini pun adalah bekas pelajar RCSI

tokayah happy sebab Man dapat result bagus
terdapat lebihkurang 15 pelajar Msia yg graduate sama dengan Aiman
begitu juga tokma...tambahan pula Man dapat
offer kerja dgn sebuah Syarikat yg terkenal itu..
kawan bergaduh dari kecil...:)
dalam Dewan...cantik dan unik...
in front of DBS, sekolah Man...:)


donut seketul rm15...teringin nak rasa maka tokma beli juga...lol
cookies and tea...refreshment hari graduasi aiman...that's all


tak banyak tokma nak sembang episod ini....hanya gambar2 sahaja... thanks sudi baca...:)

Saturday, January 12, 2019

Arrowtown to Wanaka

Last day sebelum bertolak to our next destination kami ke Lake Wanaka dan sekitarnya...kali ni saya mencuba jalan dalam menuju ke Wanaka, bukan jalan biasa...jalannye mendaki dan melalui lereng gunung yg berkeluk-keluk...

Coronet Peak
Sebelum ke Wanaka kami lencung menuju ke Coronet Peak...jika anda suka main ski eloklah ke sini...tapi masa kkida pergi tu salji dah semakin berkurang kerana nak masuk musim panas...

#thatwanakatree
Harus pergi ke Lake Wanaka jika ada masa sebab....nak tengok pokok sebatang ni yang sangat femes itu :)


Dari Arrowtown ke Wanaka kkida melalui jalan Crown Range Road...terdapat beberapa selekoh tajam semasa mendaki...jika anda ingin ke Wanaka atau ke Arrowtown/Queenstown melalui Crown Range Road seeloknya jalan ketika ada matahari...jangan lalu ikut jalan tersebut ketika malam, bahayalah pada pandangan saya...jalan sempit dan selekoh tajam...se better plan your trip ye....

view dari Arrow Junction Lookout Point

Cardrona Bra Fence
sebelum sampai Wanaka singgahlah kat sini jika anda teringin nak tengok beratus bra yg bergantungan...jika suka bolehlah pakai bra-bra tersebut dan selpie utk abadikan kenangan anda dah sampai ke situ 🙋
macam-macam depa nikan...takda kroje cari kroje :)

sorry gambar terbalik :)

perjalanan dari Arrowtown ke Wanaka melalui jalan ini mengambil masa sejam lebih sahaja...tak jauh...tapi sebab asik berenti ajer, jadilah lama perjalanan tu...

view from lookup point Crown Range Road
Setibanya di Wanaka tokma makan dulu, fish and chips...kemudian terus drive ke Lake Hawea hingga ke The Neck...dan drive hingga ke hujung north Lake Wanaka sebelum patah balik mencari Lone Three of Lake Wanaka...masa tu matahari hampir terbenam...cantik pemandangan...

Lake Hawea
Tourist from China minta ambikkan gambar mereka sekeluarga...



Setelah hampir gelap kami pun berpatah balik ke Arrowtown...last day in Arrowtown and Queenstown sebelum ke next destination...ops! tokma belum share lagi foto-foto our day in Queenstown and Glenorchy kan...nantilah bila-bila pulak ye 😏