Tuesday, December 11, 2018

New Zealand Trip ~ Twizel to Arrowtown

Salam, nak sambung trip ke NZ...

Di Twizel saya menginap di Twizel Holiday Park...itu sahaja yg available time tu...tempat lain semua penuh...harga???...lokasi ok, tak susah mencari...selesalah utk semalam dua...cuma tempat ni takda dapor, kalau nak masak juga kena gi ke central kitchen...tapi tokma tak kuasa dan letih benar nak masak...malam tu makan nasi dengan lauk lebih lunch siang tadi...:)

Cuaca semakin hari semakin sejuk ketika itu...itu sebab kkida nak tido dalam proper room yg ada heater...kkida tengok ada juga beberapa caravan, motorhome dan juga kereta yg parking di holiday park tersebut, mereka tak sewa bilik, hanya sewa parking...cannot imagine bagaimana mereka boleh tidor dalam cuaca yg sangat sejuk dan terpaksa menapak keluar untuk ke tandas waktu malam...😓

Keesokannya, selepas sarapan ala kadar kami pun check-out...hari ni perjalanan agak jauh juga...destinasi seterusnya adalah Arrowtown...kkida akan bermalam selama tiga malam di Arrowtown...kenapa tiga malam?

Arrowtown dan Queenstown adalah pusat pelancungan untuk south island...banyak yg nak dilihat di sekitar dua-dua bandar dan pekan ini...sebenarnya tiga malam pun tak cukup...hehe...

sebelum tiba ke destinasi kkida dah plan nak singgah ke beberapa lokasi...lokasi pertama adalah High Country Salmon farm yg tak jauh dari Twizel...tapi sebelum tu kkida ingin menyusuri taliair buatan yg tak jauh dari penginapan...anda boleh lihat pada map bandar Twizel...ada jaluran yg panjang di utara Twizel bermula dari simpang berhampiran untuk ke Mount Cook...tak ramai orang yg tahu dan lalu di situ...kami patah balik ke arah mount cook dan belok ke kiri untuk menyusuri taliair tersebut sehingga sampai ke High Country Salmon Farm...terdapat tasik kecil sebelum sampai ke salmon farm...
ikan salmon bela...dagingnya memang sedap...
peringatan pada tamu, siap ada tulisan cina...
menunjukkan betapa ramainya pelancung dari
tanah besar china...
Jika singgah ke sini kenalah rasa daging salmon fresh tersebut...beli satu bekas...tak ingat dah harga berapa...rasanya, sedap dan fresh...tapi tak lalu makan banyak...cepat muak...
Lindis Pass
ramai tourist yg singgah ke farm tersebut...ada yg beli ikan salmon sampai seekor, terutama tourist dari tanah besar china...depa nak masak apa gamaknya...hehe....banyak duit depa tu 😁 seekor ikan tu harganye beratus ringgit...
hot choco
Selepas minum dan makan-makan sikit kat farm tersebut...kami pun meneruskan perjalanan...melalui jalan yg bergunung ganang...scenic drive....Lindis Pass nama route tersebut yg bermula dari Omarama hingga ke Cromwell...

Lake Dunstan...just before we arrived Cromwell

Mrs Jones fruit and ice-cream stall

Setibanya di Cromwell tokma singgah di kedai buah yg popular itu...iaitu Jones's Fruit Stall...makan ice-cream dan mencuba beberapa jenis buah dan madu...ramai pelancung singgah ke sini sebab lokasi tepi jalan, youall tak mungkin miss tempat ini :) 

ice-creamnya memang sedap...cuba yg ada real friut...selepas beli belah sikit...tokma pun beredar ke lokasi seterusnya...iaitu Kawarau Bridge untuk melihat orang terjun dari ketinggian 43m...gila ah!!! naik bulu roma dibuatnya...

Sekali lompat kena bayar RM500 lebih...keseronokan tak sampai one minit...hehe...takpa kalau banyak duit apa salahnya...kan....tokma kalau orang bagi duit suruh lompat pun tak nak ah!....belum lompat lagi tokma pengsan dulu...😩

Selepas luangkan masa sejam kat situ, kami pun beredar ke lokasi seterusnya iaitu Arrowtown, nak kena cepat sebab waktu asar tak panjang di sana...just ngam-ngam sampai ke penginapan ajer...:)
arrive Arrowtown
Shades of Arrowtown
kkida suka chalet ni...comel dan lokasinya cantik...
dalam pekan kecil Arrowtown

InsyaAllah nanti kkida buat entri khas untuk pekan kecil Arrowtown...kkida sarankan youall menginap di pekan ini jika dtg ke south island...

No comments:

Post a Comment