Monday, December 3, 2018

Ireland ~ Dublin to Kilkenny to Cork

Malam ni kkida go tru foto lama yg banyak dalam laptop kkida ni...memang banyak sangat...hehe...
kkida belum lagi sembang dengan youall pasal trip kkida ke Ireland kan....sebenarnya banyak sangat yg kkida nak kongsikan dengan anda anda yg nak dengar sembang kkida ni...bukan kkida nak menunjuk-nunjuk...sekadar perkongsian...itu saja...harap ada yg sudi dengar pok pek kkida ni...bagi yg tak berapa suka kkida minta maaf yek...
setelah travel berbelas jam...
Tujuan sebenar kkida gi Ireland adalah nak hadiri konvo Aiman. Dia belajar di Dublin Business School...buat degre in accountancy and finance...Alhamdulillah Aiman grad cemerlang...:)

sambil menyelam minum airlah kkida...kita makan angin sekali...jika tak kerana nak attend konvo aiman tak sampailah kot kkida ke negara hujung dunia itu...wbp, kkida amat bersyukur jejakkan kaki ke negara tersebut, Ireland walaupun adik beradik dengan england dan scotland...namun negara tersebut lain sikit...ada ciri-ciri tersendiri...
singgah rumah aiman duduk dulu sebelum meneruskan perjalanan menjelajah bumi ireland
ramai yg ngekor kkida and dh kali ni...selain aiman, hani
semestinya...anak bongsu dan adik ipar pun tumpang sekaki
ambik gambar dengan kuda...
selepas ambik luggage dan kereta, kkida sekeluarga menuju ke rumah aiman duduk masa dia belajar, aiman ada tinggalkan beg dan barangan dia kat bilik lamanya...mula-mula plan aiman nak sambung belajar selepas degree...namun kita hanya merancang allah menentukan...aiman dapat offer kerja bagus dgn syarikat besar...lepas berfikir panjang aiman kata dia nak terima offer kerja...bukan senang nak dapat kerja tu aiman kata...wbp dia masih lagi simpan cita-cita nak teruskan pelajaran...
Bebalik kepada cerita Ireland tadi, selepas selesai hal aiman, kami pun bertolak ke Kilkenny, lokasi utk bermalam malam pertama di Ireland...Kilkenny terletak 130km ke selatan Ireland...kenapa Kilkenny?

Mula-mula kkida ingat nak bermalam di Dublin, tapi bila teringat nak kejar masa dan perjalanan pun tak jauh, kkida fikir lebih baik terus gerak malam tu juga...Alhamdulillah, itulah kelebihan internet...tak susah mencari rumah yg kkida sewa melalui airbnb, walaupun dah gelap gelita dan rumah pun jauh dlm kampung...

Malam tu kkida anak beranak tidor dlm old barn yg telah direnovasi cantik...memang bestlah duduk dalam kawasan kampung camtu...pemandangan indah...sepi dan nyaman...
old barn...rumah berusia ratusan tahun...
luar nampak macam tak menarik, tapi dalam cantik...dapor lengkap dengan kitchen cabinet, oven, fridge,, dining table, sofa, etc...ada telur ayam kampung lagi tuan rumah tinggalkan dalam petiais selain roti, butter, cereal, jam, susu, coffee and tea...thank you.

kitchen
rumah tuan homestay, mereka kaya tanah...ladang luas beratus ekar...
Pagi esok selepas hilang penat setelah berehat secukupnya...kkida sekeluarga pun mula bergerak ke destinasi seterusnya iaitu bandar Cork...jarak dari Kilkenny 150km...tapi sebelum tu kkida sempat melencung ke pekan tepi laut Waterford...saje nak tengok bandar lama yg popular itu...
Kilkenny
Selepas berhenti dan jalan-jalan sekitar bandar Killkenny dan Waterford...kkida meneruskan perjalanan ke Cork...dalam perjalanan hujan tak henti...Sampai Cork dah lewat petang...penginapan malam tu kkida sewa melalui airbnb juga...
penginapan tokma di Cork


video ni hilang suaranya...lorong dlm pekan kecil Kilkenny...

entri ni belum selesai lagi...esok kkida sambung InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment