Sunday, December 30, 2018

Iran ~ Shiraz

Salam, kkida nak sambung cerita my trip ke Iran pula...banyak lagi yg tokma nak share...:)

Bagi anda yg berminat ke negara ini, boleh teruskan bacaan, yg tak minat boleh skip ye....masing-masing ada pandangan sendiri dan ini pandangan tokma...

Jika ke Iran anda mesti ke Shiraz, bandar/pekan yang jaraknya hampir 1000 km ke selatan Tehran.
Untuk ke Shiraz tokma naik pesawat dari Tehran, sebab terlalu jauh...tak daya nak duduk dalam kereta berbelas jam untuk sampai ke Shiraz.

Booking pesawat Mahan Air sebelum bertolak ke Iran. Mahan Air ada branch di KL, so tak susah...just call dan booking...harga pesawat tak mahal sangatlah...tokma tak ingat dah...you all boleh find out sendiri...


Penerbangan sejam lebih dari Tehran...dalam penerbangan ada refreshment...Sampai Shiraz kkida dah minta pihak hotel tunggu...di Shiraz kkida menginap di sebuah hotel tradisional yg rating agak bagus juga...booking direct dengan hotel...google dulu kemudian email mereka...

Hotel yg simple tapi sangat selesa...breakfast disediakan iaitu telur dan roti, jem, cheese dan coffee...ada manisan kueh mueh dan buah-buahan juga...hotel agak mahal sebab tokma ambik bilik besar untuk 5 orang...tapi owner hotel sangat baik dan melayan kita dengan ramah...suasana hotel sangat bestlah...

nasi mereka pasti dicampur dengan safron, yg memang murah kat sana
Petang tu selepas check in kami cari makan dulu, selepas itu terus ke destinasi pertama di Shiraz iaitu Eram Garden...taman yg cantik, kebetulan musim bunga baru tiba, bunga ros sedang berkembang mekar...cantik sangat...taman ni luas dan landscape menarik...bagi peminat taman anda kena datang ke sini jika ke Shiraz.

bangunan belakang tu cantik...overall iranian
 architecture memang unik dan menarik
paham tak apa dia tulis tu
cafe yg cute, ada gambar tapi lupa dah simpan kat mana :)
Sebelum balik ke hotel kami singgah ke destinasi ini...Shrine of Shah-e Cheragh
nak tengok senibina bangunan ini yang memang cantik...apa mereka buat kat situ tokma tak angkat tahu...kamu dengan agamamu dan aku dengan agamaku 😐

cara mereka beribadah memang sangat pelik...tapi saya tak heran, sebab bukan perkara yang baru kita tahu...wbp rekabentuk bangunan dan interior memang sangat menarik...

Shrine of Shah-e Cheragh
singgah kedai ni beli air sebelum balik ke hotel,
anak ni nampak baik, tapi sebenarnya dia oku...
suka usik pelanggan yg dtg ke kedai tersebut...

Keesokannya lepas sarapan, tokma minta pihak hotel sediakan transport untuk ke beberapa destinasi...tak ingat dah berapa harga sewa kenderaan untuk satu hari, tapi harga mampu miliklah...jika nak selesa kenalah belanja lebih sikit kan...

Lokasi pertama di Shiraz yg kkida nak sangat pergi adalah Nasir Al-Mulk Mosque...masjid ini popular kerna kacanya yg berwarna-warni sangat cantik bila terkena pancaran matahari pagi...jika nak ke sini kena keluar awal pagi, memang ramailah tourist masa tu...semua berebut nak masuk time yg sama...semua nak ambik gambar kat tempat yg sama...:)


Selepas ke masjid Nasir-Al-Mulk kami menuju ke Bazaar yg sangat popular di Shiraz iaitu Vakil Bazaar...jika ikutkan banyak benda yg tokma nak hangkut balik....tapi bila memikirkan perjalanan masih jauh...tak jadilah...hehe...cuma beli safron dan beberapa jenis rempah dan teh sahaja...arkitektur bangunan ini juga menarik...bangunan ribu tahun usianya....

karpet iran memang popular dan harganya juga sangat cantik :)
periok belanga tembaga juga banyak, jika ikut tokma nak
beli untuk guna sendiri, tapi tak mampu nak heret sana sini...
rempah ratus dan bahan makanan kering...
Ash-e Reshteh, tokma suka sangat soup ni...
full of vegis and lentils...sedap

belum habis stori, nanti tokma sambung cerita Shiraz di entri lain ye...😙

No comments:

Post a Comment