Wednesday, November 28, 2018

Trip New Zealand ~ Christchurch to Farlie

Salam,
tokma nak sambung cerita NZ...

kkida fly to Christchurch (CHC) jam 4 petang dari Auckland domestic terminal...penerbangan sejam lebih...ada refresment dalam flight...tiba CHC jam 5 lebih...call motel untuk jemput kami...Airport Palm Motel dalam 10 minit perjalanan dari airport...harga agak mahal, tapi sebab nak selesa dan convenient...tokma pejamkan mata...lol...

surau di bahagian arrival christchurch airport
 berhampiran baggage claim

Malam selepas check in dan solat, kkida gi Countdown berhampiran airport untuk beli beberapa barangan keperluan seperti minyak, roti, telur, bawang, dan makanan nak kunyap-kunyap...:)

Kkida naik Uber...di CHC ada Uber, so jika anda just nak transit dan bermalam sahaja tak perlu kereta di CHC...

Malam tu tokma masak sardin dan goreng telur...ada bawa sambal ikan bilis dari rumah...Alhamdulillah, tidoq lena malam tu dapat makan nasi...😊

Esok pagi-pagi, wakil syarikat car rental datang ke motel hantar kereta...my dh ikut mereka ke office untuk settle bayaran...kemudian dia berpatah balik ke motel...selepas breakfast kita check out untuk ke destinasi seterusnya...

wbp, sebelum tu nak ronda-ronda dulu bandar CHC...nak cari kedai halal untuk beli meat and chicken sikit...Alhamdullillah jumpa kedai yg di cari (google map)...kkida tahu kedai ni dari Uber driver malam tadi masa nak ke Countdown...warga Indonesia yg telah bermastautin di NZ lebih 10 tahun...mula-mula dia cakap english dengan kita...bila tau kita orang Msia terus keluar bahasa Indonesianyer...hehe...

Kedai jual daging tersebut milik warga arab atau syria, tokma tak pasti...kat situ ada banyak rempah ratus dan barangan runcit yg pastinya halal, InsyaAllah...daging, ayam, kambing semua ada...siap potong dan bersih, tinggal nak masak jer...

lepas setel hal daging, kami pun carilah jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Farlie...dalam dok pusing-pusing Mr Hubby termasuk ke dalam kawasan perumahan..:) cantiklah pulak...ada sungai yg jernih mengalir dalam kawasan taman perumahan...bestnye...tengah-tengah bandar pula tu...

masa tokma gi tu pokok sakura aka cherry blossom tengah galak berbunga...peak season of cherry blossom...memang cantiklah...di NZ juga banyak pokok sakura ni...merata-rata...cuma takdalah taman khas untuk view bunga ni seperti di Japan atau Korea.


Lepas dan puas bergambar, kkida pun meneruskan perjalanan yg jauh itu...melalui ladang, gunung ganang dan sungai...ada dua jalan menuju ke Farlie atau Tekapo...jalan dalam atau jalan luar (berhampiran laut), kkida pilih jalan yg ramai rekomen iaitu Rakaia Gorge...

Sepanjang jalan memang indah belaka...Subhanallah, cantiknye bumi Allah...Jenuh nak stop kereta banyak kali sebab nak rakam pemandangan yg indah...😂

Di Rakaia Gorge ada free parking area untuk anda berhenti makan dan berehat...ada toilet/maybe shower juga...cantik tempat ni betul-betul kat tepi sungai ini...kat Rakaia Gorge ni ada juga aktiviti speed boat, berhampiran park...

ini pesanan dari empunya tempat ini....please follow the rules ye...

Jika anda sewa motorhome boleh bermalam di sini...lokasi cantik dan ada facility...ada beberapa tiang paip air tengah taman dan mungkin juga bekalan elektrik (tak pasti pula)...ada notis bertulis kat situ...bayaran terpulang...ikut hati anda...tokma rasa yg dalam envelop tu duit kot...tapi tak hilanglah pulak kan...:)


cherry blossom
cafe
Sebelum tiba ke Farlie kkida singgah minum di sebuah kedai kopi yg comel dan hipster di lokasi yg ntah di mana...out of no where tetiba ada cafe kat simpang jalan...minum kopi dan makan cheese scones...
cheese scones
dalam cafe ni ada jualan aksesori dapor dan souvenir
homestay booked tru Arbnb

kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke homestay di Farlie...dah petang baru sampai sebab banyak sangat berhenti...

kenapa Farlie dan tak terus ke Tekapo?

pertama sebab takda accomodation yg sesuai dgn selera tokma, majoriti dah penuh...kedua sebab nak tengok juga view dalam perjalanan ke Tekapo (prefer bertolak pagi)...kalau dah gelap tak nampak apa dah...oleh itu kkida cuba utk tiba ke destinasi sebelum gelap dan sebelum maghrib...agak leceh solat tengah jalan...prefer solat di accomodation...

lepas settle makan malam kkida ajak depa drive to Lake Tekapo...dalam 40km dari Farlie...nak view bintang-bintang di langit kononnya (depa kata apa...stargazing...:)

nanti kkida sambung yek...

No comments:

Post a Comment