Monday, October 15, 2018

New Zealand ~ Auckland to Hamilton

Day one
Arrived Auckland jam 4 petang...melepasi imigresen dan kastam dengan mudah...semua makanan yg saya bawa diluluskan oleh pihak kastam...Alhamdulillah...

https://docs.google.com/document/d/1lDkWOIOt_OHJWwWMEUGFBdQzRVlG-qv2zp4v6UK4i-A/edit?usp=sharing


Proses ambil masa lebih dari satu jam kerana orang terlalu ramai...selepas selesai semua, kami menuju ke lokasi yg telah ditetapkan untuk ambil kenderaan...ada booth telephone di ruang ketibaan untuk call car rental company...

Untuk North Island kkida booking kereta dengan   RaD Car Hire Auckland Airport 
Toyota Estima, harga NZD192 untuk 2 malam. Kondisi kenderaan baik...servis company juga ok, cuma masa menunggu untuk dijemput lebih 30 minit...(my rating for RaD 8/10)

Selepas selesai urusan sewa kereta, kami terus menuju ke Hamilton...kkida dah sewa accomodation dengan Airbnb di bandar tersebut...kenapa Hamilton? kerana lokasi berada antara Auckland dan Rotorua...untuk meneruskan perjalanan ke Rotorua malam itu juga tak mampu...

Perjalanan mengambil masa sejam lebih...sebelum ke homestay singgah sebentar di pasaraya Countdown...beli telur dan roti.

cili merah mahal giler, takyah makan cililah 2 minggu
After dah beli barang makan sikit, kami terus ke Airbnb Private Oasis, Tamahere (my rating 9/10)

Lokasi rumah terletak dlm ladang yg luas, tepi jalan utama menuju ke Rotorua...anda boleh check harga rental terus ke link di atas...rumah comel dan kemas...tiada dapur masak...cuma ada microwave.

Wbp, untuk malam pertama kkida tak kesah...sebab letih sangat, memang tak masak apa pun malam tu...hanya makan mee segera dan roti...breakfast provided...roti, cereal, home made marmalade, butter, susu, kopi, teh, gula...more than enough for us...

pokok lemon...buahnya....
katil yg empuk...best...
Esok, selepas berkemas dan breakfast kami pun check-out untuk ke Rotorua...

Keluar dari kediaman pagi tu baru dapat lihat keadaan keliling rumah tersebut...memang best suasana...dikelilingi pokok-pokok besar dan ladang yg luas...dalam compoun rumah ada kebun sayur dan pokok lemon yg berbuah lebat...jakun jap tokma tengok buah lemon besar kemain....mesti sedap buat lemon tea tu kan...
breakfast provided...
Selepas serahkan kunci...kkida meneruskan perjalanan seperti yg telah dirancang...ke Rotorua... pemandangan sepanjang jalan memang cantik...saujana mata memandang....ladang kambing lembu dan kuda...rich depa tu...apa taknya...masing-masing ladang berhektar luasnya...

oklah, nanti tokma sambung lagi...:)

tuan tanah :)

No comments:

Post a Comment