Tuesday, October 16, 2018

New Zealand Trip ~ Rotorua


Assalam, 
Pada hari kedua selepas check out kami menuju ke Rotorua...jarak dari Hamilton sekitar 100km, mengambil masa sejam lebih perjalanan...sepanjang jalan kami disaji dengan pemandangan yg sangat indah...ladang biri-biri luas terbentang...beralun dan berbukit bukau...jalan dua hala...kereta tak banyak dan kami memandu dengan selesa...berhenti di beberapa lokasi untuk ambil gambar...
  
Kuirau Park
Tempat pertama kami singgah setelah tiba di Rotorua adalah Kuirau Park...sebab nak tengok kolam air panas di taman tersebut. Kuirau park agak luas dan memang airnya panas...sentiasa berasap/stim...pagar dibina mengelilingi kolam air panas...memang bahayalah jika bawa anak kecil...pernah beberapa kali berlaku kemalangan di situ...boleh google for more info...



pasar pagi di Kuirau Park. Setiap hari Sabtu.
Secara kebetulan ada pasar pagi di Kuirau Park...majoriti mereka menjual buah-buahan dan makanan...terdapat juga pakaian dan cenderahati...tokma tak beli apa pun...cuma makan vegetarian burger sahaja...

Selepas pusing-pusing dalam sejam kami pun beredar untuk ke destinasi seterusnya...

My Rating for Kuirau Park and morning market 7/10

Whakarewarewa Maori Village
Selepas Kuirau park kami terus ke Maori Village. Saya dah beli tiket masuk secara online...anda boleh booking di bookme, klook atau website...wbp anda boleh jer beli di lokasi jika tak pasti...harga kkida rasa lebih kurang jer...not much different...dan lebih mudah lagi...

Tujuan ke Maori village kkida nak tengok persembahan budaya mereka dan nak lihat lebih dekat perkampungan mereka...Whakarewarewa adalah kampung asal orang Maori. Mereka menggunakan sumber air panas asli utk meneruskan kehidupan...memang panas betul air tu tokma tengok...mendidih...jika rendam telur kejap je masak...:)

Kampung mereka ni comel, cantik dan luas...jika larat youall boleh pusing kampung ni...memang luas...ada tour guide yg akan bercerita dan bawa anda pusing keliling kampung...my hubby ikut...kkida takdaya nak kerabat bukit tinggi...heeee....

Persembahan budaya mereka juga menghiburkan...orang Maori ni memang handsome dan lawa...mungkin mereka juga berasal dari suku kaum melayu yg telah bercampur aduk dgn pelbagai species manusia...hehe...badan mereka besar dan yg wanita pula memang sihat belaka...
Whakarewarewa Village


perkampungan yg cantik, tersusun dan bersih
My Rating for Whakarewarewa 8/10

Selepas menyaksikan persembahan dan melihat sekitar kampung Maori, kami pusing bandar Rotorua, bandar kecil tapi tersusun dan bersih...

Basically, NZ adalah sebuah negara yang pentingkan kebersihan...memang selesalah kita sebagai pelancung...kita juga perlu tanamkan sifat sedemikian jika ingin negara cantik dan bersih...dan kebersihan adalah sebahagian dari tarikan pelancungan (my opinion)

Government Garden
Lokasi berhampiran Kuirau Park...taman yg cantik dan bersih...masa kkida gi bunga tulips sedang mekar cantik...cuaca juga cantik...kami makan bekalan yg kkida bawa...nasi dan sambal ikan bilis, sandwich telur...yummm :)

statue sapa tah :) tokma tak baca pun, malas...Government Garden
bunga-bunga sedang mekar cantik
Government Garden, 


Jika anda ke Rotorua, mesti singgah Taman ni...Government Garden, bangunan lama yg masih di pelihara...jika datang pada musim bunga cam tokma dapatlah tengok bunga Tulip dan beberapa jenis bunga lain yang sedang berkembang...


My rating for Government garden 9/10 (spring season)

Lake Rotorua
Selepas bersiar-siar kat taman, kami menghala ke tasik pula, lake Rotorua...nak tengok tasik ini dari dekat...sejak dulu lagi kkida dengar keindahan tasik ini...dari mulut orang yg dah datang ke sini juga dari majalah dan akhbar (masa tu takda internet :)

Memang hati tokma teringin sangat nak ke mari dan Alhamdulillah Allah makbulkan...#thankyouAllah

lake Rotorua
Terdapat banyak burung dan itik...jinak kemain...bagi makan roti semua datang kerumun ke kita...memang haiwan-haiwan ni dah biasa dengan tourist...

Lake Rotorua cantik...mungkin masa kkida pergi tu hari agak mendung...so nampak seperti tak ceria...tapi still cantik...

Jika datang ke Rotorua singgahlah kat tepi tasik ni...My rating for lake Rotorua 8/10


Skyline Rotorua
Selepas jalan-jalan kat lake Rotorua, kami menuju ke destinasi terakhir untuk hari tersebut...iaitu Skyline atau Gondola...nak naik cable car pula...tiketnya kkida beli online direct dengan website mereka...ingatkan harga lebih murah, rupanya sama jer dengan harga tiket di lokasi...

Adult NZ$31 (Gondola only) or Gondola + 1 Luge Ride NZ$45.00

Hani naik Luge ride dan katanya best...tapi jika nak naik cable car hingga ke atas sahaja kkida rasa tak best sangatlah...atas tu takda apa kecuali restoran...dan dapatlah tengok view bandar Rotorua...
berbanding dengan Skyline Queenstown...Luge ride tak best Hani kata...tapi view bandar Queenstown dari atas sangat awesome (my opinion)


pemandangan bandar Rotoruia dari atas puncak cable car
terdapat banyal pokok sakura di bahagian atas perhentian
 cable car Rotorua...
My rating for Skyline Rotorua 8.5/10 (coz of the luge ride)

Selepas naik cable car kkida berpatah balik ke Auckland...esok petang nak fly ke Christchurch...so better menginap di Auckland sebab tak mau kelam kabut nanti...yelah jarak Rotorua dan Auckland 230km atau 3 jam perjalanan...takut pula apa-apa hal kat jalan...masuk angin keluar asap pula nanti...😃
dalam perjalanan balik ke Auckland, singgah di Hamilton
 dan dinner di sebuah Restoran Halal Turki...good food...9/10


InsyaAllah tokma sambung lagi ye...

No comments:

Post a Comment