Tuesday, October 16, 2018

New Zealand Trip ~ Rotorua


Assalam, 
Pada hari kedua selepas check out kami menuju ke Rotorua...jarak dari Hamilton sekitar 100km, mengambil masa sejam lebih perjalanan...sepanjang jalan kami disaji dengan pemandangan yg sangat indah...ladang biri-biri luas terbentang...beralun dan berbukit bukau...jalan dua hala...kereta tak banyak dan kami memandu dengan selesa...berhenti di beberapa lokasi untuk ambil gambar...
  
Kuirau Park
Tempat pertama kami singgah setelah tiba di Rotorua adalah Kuirau Park...sebab nak tengok kolam air panas di taman tersebut. Kuirau park agak luas dan memang airnya panas...sentiasa berasap/stim...pagar dibina mengelilingi kolam air panas...memang bahayalah jika bawa anak kecil...pernah beberapa kali berlaku kemalangan di situ...boleh google for more info...



pasar pagi di Kuirau Park. Setiap hari Sabtu.
Secara kebetulan ada pasar pagi di Kuirau Park...majoriti mereka menjual buah-buahan dan makanan...terdapat juga pakaian dan cenderahati...tokma tak beli apa pun...cuma makan vegetarian burger sahaja...

Selepas pusing-pusing dalam sejam kami pun beredar untuk ke destinasi seterusnya...

My Rating for Kuirau Park and morning market 7/10

Whakarewarewa Maori Village
Selepas Kuirau park kami terus ke Maori Village. Saya dah beli tiket masuk secara online...anda boleh booking di bookme, klook atau website...wbp anda boleh jer beli di lokasi jika tak pasti...harga kkida rasa lebih kurang jer...not much different...dan lebih mudah lagi...

Tujuan ke Maori village kkida nak tengok persembahan budaya mereka dan nak lihat lebih dekat perkampungan mereka...Whakarewarewa adalah kampung asal orang Maori. Mereka menggunakan sumber air panas asli utk meneruskan kehidupan...memang panas betul air tu tokma tengok...mendidih...jika rendam telur kejap je masak...:)

Kampung mereka ni comel, cantik dan luas...jika larat youall boleh pusing kampung ni...memang luas...ada tour guide yg akan bercerita dan bawa anda pusing keliling kampung...my hubby ikut...kkida takdaya nak kerabat bukit tinggi...heeee....

Persembahan budaya mereka juga menghiburkan...orang Maori ni memang handsome dan lawa...mungkin mereka juga berasal dari suku kaum melayu yg telah bercampur aduk dgn pelbagai species manusia...hehe...badan mereka besar dan yg wanita pula memang sihat belaka...
Whakarewarewa Village


perkampungan yg cantik, tersusun dan bersih
My Rating for Whakarewarewa 8/10

Selepas menyaksikan persembahan dan melihat sekitar kampung Maori, kami pusing bandar Rotorua, bandar kecil tapi tersusun dan bersih...

Basically, NZ adalah sebuah negara yang pentingkan kebersihan...memang selesalah kita sebagai pelancung...kita juga perlu tanamkan sifat sedemikian jika ingin negara cantik dan bersih...dan kebersihan adalah sebahagian dari tarikan pelancungan (my opinion)

Government Garden
Lokasi berhampiran Kuirau Park...taman yg cantik dan bersih...masa kkida gi bunga tulips sedang mekar cantik...cuaca juga cantik...kami makan bekalan yg kkida bawa...nasi dan sambal ikan bilis, sandwich telur...yummm :)

statue sapa tah :) tokma tak baca pun, malas...Government Garden
bunga-bunga sedang mekar cantik
Government Garden, 


Jika anda ke Rotorua, mesti singgah Taman ni...Government Garden, bangunan lama yg masih di pelihara...jika datang pada musim bunga cam tokma dapatlah tengok bunga Tulip dan beberapa jenis bunga lain yang sedang berkembang...


My rating for Government garden 9/10 (spring season)

Lake Rotorua
Selepas bersiar-siar kat taman, kami menghala ke tasik pula, lake Rotorua...nak tengok tasik ini dari dekat...sejak dulu lagi kkida dengar keindahan tasik ini...dari mulut orang yg dah datang ke sini juga dari majalah dan akhbar (masa tu takda internet :)

Memang hati tokma teringin sangat nak ke mari dan Alhamdulillah Allah makbulkan...#thankyouAllah

lake Rotorua
Terdapat banyak burung dan itik...jinak kemain...bagi makan roti semua datang kerumun ke kita...memang haiwan-haiwan ni dah biasa dengan tourist...

Lake Rotorua cantik...mungkin masa kkida pergi tu hari agak mendung...so nampak seperti tak ceria...tapi still cantik...

Jika datang ke Rotorua singgahlah kat tepi tasik ni...My rating for lake Rotorua 8/10


Skyline Rotorua
Selepas jalan-jalan kat lake Rotorua, kami menuju ke destinasi terakhir untuk hari tersebut...iaitu Skyline atau Gondola...nak naik cable car pula...tiketnya kkida beli online direct dengan website mereka...ingatkan harga lebih murah, rupanya sama jer dengan harga tiket di lokasi...

Adult NZ$31 (Gondola only) or Gondola + 1 Luge Ride NZ$45.00

Hani naik Luge ride dan katanya best...tapi jika nak naik cable car hingga ke atas sahaja kkida rasa tak best sangatlah...atas tu takda apa kecuali restoran...dan dapatlah tengok view bandar Rotorua...
berbanding dengan Skyline Queenstown...Luge ride tak best Hani kata...tapi view bandar Queenstown dari atas sangat awesome (my opinion)


pemandangan bandar Rotoruia dari atas puncak cable car
terdapat banyal pokok sakura di bahagian atas perhentian
 cable car Rotorua...
My rating for Skyline Rotorua 8.5/10 (coz of the luge ride)

Selepas naik cable car kkida berpatah balik ke Auckland...esok petang nak fly ke Christchurch...so better menginap di Auckland sebab tak mau kelam kabut nanti...yelah jarak Rotorua dan Auckland 230km atau 3 jam perjalanan...takut pula apa-apa hal kat jalan...masuk angin keluar asap pula nanti...😃
dalam perjalanan balik ke Auckland, singgah di Hamilton
 dan dinner di sebuah Restoran Halal Turki...good food...9/10


InsyaAllah tokma sambung lagi ye...

Monday, October 15, 2018

New Zealand ~ Auckland to Hamilton

Day one
Arrived Auckland jam 4 petang...melepasi imigresen dan kastam dengan mudah...semua makanan yg saya bawa diluluskan oleh pihak kastam...Alhamdulillah...

https://docs.google.com/document/d/1lDkWOIOt_OHJWwWMEUGFBdQzRVlG-qv2zp4v6UK4i-A/edit?usp=sharing


Proses ambil masa lebih dari satu jam kerana orang terlalu ramai...selepas selesai semua, kami menuju ke lokasi yg telah ditetapkan untuk ambil kenderaan...ada booth telephone di ruang ketibaan untuk call car rental company...

Untuk North Island kkida booking kereta dengan   RaD Car Hire Auckland Airport 
Toyota Estima, harga NZD192 untuk 2 malam. Kondisi kenderaan baik...servis company juga ok, cuma masa menunggu untuk dijemput lebih 30 minit...(my rating for RaD 8/10)

Selepas selesai urusan sewa kereta, kami terus menuju ke Hamilton...kkida dah sewa accomodation dengan Airbnb di bandar tersebut...kenapa Hamilton? kerana lokasi berada antara Auckland dan Rotorua...untuk meneruskan perjalanan ke Rotorua malam itu juga tak mampu...

Perjalanan mengambil masa sejam lebih...sebelum ke homestay singgah sebentar di pasaraya Countdown...beli telur dan roti.

cili merah mahal giler, takyah makan cililah 2 minggu
After dah beli barang makan sikit, kami terus ke Airbnb Private Oasis, Tamahere (my rating 9/10)

Lokasi rumah terletak dlm ladang yg luas, tepi jalan utama menuju ke Rotorua...anda boleh check harga rental terus ke link di atas...rumah comel dan kemas...tiada dapur masak...cuma ada microwave.

Wbp, untuk malam pertama kkida tak kesah...sebab letih sangat, memang tak masak apa pun malam tu...hanya makan mee segera dan roti...breakfast provided...roti, cereal, home made marmalade, butter, susu, kopi, teh, gula...more than enough for us...

pokok lemon...buahnya....
katil yg empuk...best...
Esok, selepas berkemas dan breakfast kami pun check-out untuk ke Rotorua...

Keluar dari kediaman pagi tu baru dapat lihat keadaan keliling rumah tersebut...memang best suasana...dikelilingi pokok-pokok besar dan ladang yg luas...dalam compoun rumah ada kebun sayur dan pokok lemon yg berbuah lebat...jakun jap tokma tengok buah lemon besar kemain....mesti sedap buat lemon tea tu kan...
breakfast provided...
Selepas serahkan kunci...kkida meneruskan perjalanan seperti yg telah dirancang...ke Rotorua... pemandangan sepanjang jalan memang cantik...saujana mata memandang....ladang kambing lembu dan kuda...rich depa tu...apa taknya...masing-masing ladang berhektar luasnya...

oklah, nanti tokma sambung lagi...:)

tuan tanah :)

Sunday, October 14, 2018

New Zealand Trip

Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi pengalaman mengembara ke bumi New Zealand selama 14 hari bersama suami dan Hani

bumi ciptaan Allah SWT yg sangat indah
Sebelum tu saya nak share fakta-fakta berkaitan trip ini...

Tarikh: 27 September hingga 11 October 2018

Flight: Air Asia from Kuala Lumpur to Auckland  (transit Gold Coast 90 minit)

Flight: Air New Zealand (Auckland to Chrischurch to Auckland)

paling penting utk isi borang ini

Itenarary: 
2 nights North Island
11 nights South Island

Route:
North Island -
Auckland to Hamilton (overnight)
Hamilton to Rotorua to Auckland (overnight)

Gold Coast to Auckland 3.5hrs

Flight
Auckland to Christchurch
(overnight Christchurch)

South Island -
Christchurch to Farlie (Overnight)
Farlie to Mount Cook to Twizle (Overnight)
Twizle to Arrowtown (3 nights)
Arrowtown to Milford Sound to Te Anau (overnight)
Te Anau to Dunedin (2 nights)
Dunedin to Christchurch (2 nights)

Flight
Christchurch to Auckland
Auckland to Kuala Lumpur (transit Gold Coast)

Accomodation: Hotel/Motel/Homestay

Transport: Toyota Estima

Food: Bawa dari Malaysia mana yg boleh, selebihnya beli di NZ.

Simcard: Hello1010 (my rating 8.5/10)

transit Gold Coast
InsyaAllah saya akan share lebih detail lagi berdasarkan itenerari dan fakta-fakta ini...tujuan kkida share ni untuk beri sedikit tips dan info bagi anda yg ingin merancang percutian ke New Zealand jika ada yg berkaitan (atas permintaan melalui mesej dan komen-komen)...

Bentuk muka bumi New Zealand cantik...terdapat banyak tasik, gunung ganang, sungai, dataran, lembah dan sebagainya...cara terbaik untuk explore NZ adalah dengan memandu sendiri samada motorhome atau kereta biasa. Jika anda ikut package boleh juga, tapi tak puas kerana terdapat banyak sangat tempat nak berhenti dan nak dilawati.

our mobil for 3 days 2 nights di North island
Dua minggu adalah memadai, namun tak dapat cover kedua-dua pulau sepenuhnya...kena datang lagi...:)

Jika anda datang kurang dari dua minggu, sebaiknya tumpukan pada South Island sahaja.

Apa yg kkida share di sini berdasarkan pengalaman sendiri...dan ia mungkin tak sama dgn pengalaman orang lain...ikut selera, minat dan tujuan masing-masing...jika ada yang elok jadikan panduan...


Nanti saya akan share lebih lagi bila ada kelapangan...selamat bercuti...:)