Friday, December 14, 2018

#jjcm ~ Krabi

masjid Kuala Perlis, cantik
bingka ubi yang sedap makan
kat gerai tepi jalan sebelum ke Wang Kelian

Pada tahun baru Jan 2017 kkida pi jjcm ke Krabi...pernah update cerita ini di ig...tapi lama dah, jenuh juga mencari gambar...itulah kekurangan ig....bila cerita dah lama pasti akan dilupakan, jenuh juga nak scroll down mencari gambar...oleh itu tokma fikir eloklah share gambar dan photos kat sini, lagi senang nak tengokkan...:)

Kkida ke Krabi berempat...hb, dua anak lelaki and myself...masa ni Hani pi Korea and the other son berada di UK....
on the way to Krabi, jalan luas dan cantik...

Percubaan pertama memandu ke negara jiran, all the way hingga ke Krabi...itupun setelah puas survey dan cari info di internet, maka kami bertekad untuk mencuba...doa kami semuga Allah permudahkan perjalanan...:)

Malam sebelum tu kami tidor di Kuala Perlis, sewa hotel...esok tu pepagi check-out, cari breakfast dulu...lepas tu teruskan perjalanan ke sempadan Malaysia-Thai di Wang Kelian...jika anda bercadang nak masuk melalui Wang Kelian elok mulakan perjalanan pagi-pagi kerana jalan agak sunyi dan berbukit bukau...tapi lebih selesa dan mudah kerana tak perlu beratur panjang...berbanding Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.

Pekan kecil Satun
Urusan di kedua-dua belah imigresen mudah...Alhamdulillah...kami teruskan perjalanan ke Satun untuk beli simcard dan tukar duit...kkida nasihatkan anda tukar duit siap-siap sebelum menyeberangi sempadan...jika tak haru-biru jadinya (macam kami...:)

Nasiblah kat Satun tu kami jumpa money changer dan kedai jual simcard...Alhamdulillah...lepas setel semua, we all pun makan sikit untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan hingga ke Krabi...perjalanan mengambil masa hampir 5 jam...jarak antara Satun ke Krabi lebih kurang 270km...sepanjang jalan ada beberapa roadblock...oleh itu pandulah dengan cermat ye...ikut had laju yg ditetapkan...

sempat jamah makanan di Satun...
food mereka sama macam kita,
yelah depa pun orang melayu gak,
cuma bahasa dah lain...nak cakap pun payah juga...


Sebelum tiba Krabi, kkida singgah makan di sebuah gerai...sepanjang perjalanan antara Satun dan Krabi banyak perkampungan melayu dan masjid...memang majoriti mereka adalah islam...cuba anda search sejarah tanah melayu dulu-dulu...mereka adalah sebahagian dari kita...:)

Tandas juga mudah, most stesen minyak ada toilet yang bersih...berhenti di RnR atau stesen minyak yg besar...kat situ ada tempat makan dan tandas public...

kari pekat jantung pisang, sedap
different style of sontam
Since trip ni umpama bidan terjun, maka tokma takdalah booking hotel siap-siap...so bila dah sampai Krabi barulah nak cari tempat tido...nasib ada tenet...kami menginap di sebuah hotel kecil milik muslim di Klong Muang Beach (KMB)...jarak 13km dari Ao Nang Beach (ANB iaitu destinasi popular pelancung)

KMB ni taklah sepopular ANB, pantainya lebih sunyi...wbp, kkida lebih happy menginap di KMB kerana kurang manusia dan pantainya pun cantik...kat area ni terdapat banyak hotel mewah...

pasar malam
Malam tu selepas check-in dan rehat kami keluar jenjalan ke pasar malam berhampiran...Alhamdulillah, rupanya KM ni memang majoriti penduduk melayu...terdapat banyak masjid di sini...


pantai Klong Muang yang landai dan bersih


Thursday, December 13, 2018

Cucur Bawang rangup



Salam and morning, jom buat cucur bawang rangup stail tokma...

ada bermacam cara nak buat cucur bawang, cucur udang, cucur jagung, cucur bilis, bakwan...:)

ini salah satu caranya...

dalam resepi ni saya guna 3 labu bawang besar bombay atau bawang besar putih...

buang kulit dan hiris nipis, samada memanjang atau membulat, sukahati...

cili merah satu biji, buang biji dan dihiris

ikan bilis halus putih setengah cawan

tepung gandum, antara 1 ke 2 cawan, kena pandai agak-agak, tokma takda ukuran tepat...:)

garam 1 sd teh, soda 1/4 sd teh, gula 2 sd teh, serbuk kunyit 1 sd teh

dan air suam kuku...1/2 ke 1 cawan

ini semua bahan asas yang saya guna...ukuran lebih kurang ye :)

jangan letak banyak sangat bahan...haru biru jadinya nanti...hehe


semua bahan dicampur dalam satu bekas, tambah air suam kuku, jangan banyak sangat...

gaul semua bahan dan ramas-ramas dengan jari supaya bawang lerai


panaskan minyak banyak...gorenglah seperti biasa...

cuba lihat video-video yang saya upload di sini...

lebihkurang cantulah caranya....



Cucur rangup macam ni jika makan panas-panas dan ketika hujan petang-petang pasti

mengasyikkan... nanti kkida share cam mana cara kkida sediakan kuah sos tu...sonang ajerrr...

Tuesday, December 11, 2018

New Zealand Trip ~ Twizel to Arrowtown

Salam, nak sambung trip ke NZ...

Di Twizel saya menginap di Twizel Holiday Park...itu sahaja yg available time tu...tempat lain semua penuh...harga???...lokasi ok, tak susah mencari...selesalah utk semalam dua...cuma tempat ni takda dapor, kalau nak masak juga kena gi ke central kitchen...tapi tokma tak kuasa dan letih benar nak masak...malam tu makan nasi dengan lauk lebih lunch siang tadi...:)

Cuaca semakin hari semakin sejuk ketika itu...itu sebab kkida nak tido dalam proper room yg ada heater...kkida tengok ada juga beberapa caravan, motorhome dan juga kereta yg parking di holiday park tersebut, mereka tak sewa bilik, hanya sewa parking...cannot imagine bagaimana mereka boleh tidor dalam cuaca yg sangat sejuk dan terpaksa menapak keluar untuk ke tandas waktu malam...😓

Keesokannya, selepas sarapan ala kadar kami pun check-out...hari ni perjalanan agak jauh juga...destinasi seterusnya adalah Arrowtown...kkida akan bermalam selama tiga malam di Arrowtown...kenapa tiga malam?

Arrowtown dan Queenstown adalah pusat pelancungan untuk south island...banyak yg nak dilihat di sekitar dua-dua bandar dan pekan ini...sebenarnya tiga malam pun tak cukup...hehe...

sebelum tiba ke destinasi kkida dah plan nak singgah ke beberapa lokasi...lokasi pertama adalah High Country Salmon farm yg tak jauh dari Twizel...tapi sebelum tu kkida ingin menyusuri taliair buatan yg tak jauh dari penginapan...anda boleh lihat pada map bandar Twizel...ada jaluran yg panjang di utara Twizel bermula dari simpang berhampiran untuk ke Mount Cook...tak ramai orang yg tahu dan lalu di situ...kami patah balik ke arah mount cook dan belok ke kiri untuk menyusuri taliair tersebut sehingga sampai ke High Country Salmon Farm...terdapat tasik kecil sebelum sampai ke salmon farm...
ikan salmon bela...dagingnya memang sedap...
peringatan pada tamu, siap ada tulisan cina...
menunjukkan betapa ramainya pelancung dari
tanah besar china...
Jika singgah ke sini kenalah rasa daging salmon fresh tersebut...beli satu bekas...tak ingat dah harga berapa...rasanya, sedap dan fresh...tapi tak lalu makan banyak...cepat muak...
Lindis Pass
ramai tourist yg singgah ke farm tersebut...ada yg beli ikan salmon sampai seekor, terutama tourist dari tanah besar china...depa nak masak apa gamaknya...hehe....banyak duit depa tu 😁 seekor ikan tu harganye beratus ringgit...
hot choco
Selepas minum dan makan-makan sikit kat farm tersebut...kami pun meneruskan perjalanan...melalui jalan yg bergunung ganang...scenic drive....Lindis Pass nama route tersebut yg bermula dari Omarama hingga ke Cromwell...

Lake Dunstan...just before we arrived Cromwell

Mrs Jones fruit and ice-cream stall

Setibanya di Cromwell tokma singgah di kedai buah yg popular itu...iaitu Jones's Fruit Stall...makan ice-cream dan mencuba beberapa jenis buah dan madu...ramai pelancung singgah ke sini sebab lokasi tepi jalan, youall tak mungkin miss tempat ini :) 

ice-creamnya memang sedap...cuba yg ada real friut...selepas beli belah sikit...tokma pun beredar ke lokasi seterusnya...iaitu Kawarau Bridge untuk melihat orang terjun dari ketinggian 43m...gila ah!!! naik bulu roma dibuatnya...

Sekali lompat kena bayar RM500 lebih...keseronokan tak sampai one minit...hehe...takpa kalau banyak duit apa salahnya...kan....tokma kalau orang bagi duit suruh lompat pun tak nak ah!....belum lompat lagi tokma pengsan dulu...😩

Selepas luangkan masa sejam kat situ, kami pun beredar ke lokasi seterusnya iaitu Arrowtown, nak kena cepat sebab waktu asar tak panjang di sana...just ngam-ngam sampai ke penginapan ajer...:)
arrive Arrowtown
Shades of Arrowtown
kkida suka chalet ni...comel dan lokasinya cantik...
dalam pekan kecil Arrowtown

InsyaAllah nanti kkida buat entri khas untuk pekan kecil Arrowtown...kkida sarankan youall menginap di pekan ini jika dtg ke south island...

Sunday, December 9, 2018

Nasi lemak

basuh beras dan toskan, masukkan ke dalam periok
Inilah cara tokma masak nasi lemak...yg paling simple...

beras basmathi - 2 cawan (makan 4 orang)

daun pandan - 2 helai

bawang merah - 3 ulas - hiris

halis seinci - hiris

kayu manis

serai sebatang - titik

santan pekat 1/2 cawan

air 3.3/4 cawan

garam dan gula secukupnya

masuk semua bahan 
tambah garam dan sedikit gula supaya ada rasa lemak manis sikit
masukkan santan, kuantiti terpulang...tokma guna santan kotak
masukkan air secukupnya, jika letak air kelapa lagi sedap
on rice cooker dan biar nasi lemak masak dan kering secukupnya...

sebenarnya anda boleh tambah atau ubah bahan mengikut selera masing-masing...

boleh add halba atau lada hitam...

boleh guna beras wangi dicampur beras siam biasa...

1001 cara utk masak nasi lemak...

saya share cara yg paling simple dan inilah style nasi lemak saya...

jika rajin anda boleh kukus nasi lemak ni...lagi sedap 😋

Friday, December 7, 2018

New Zealand ~ Farlie to Mount Cook

Salam, tokma nak sambung cerita perjalanan ke Mount Cook (MC) dari Farlie...pada hari keempat selepas masak sedikit bekalan dan breakfast kami keluar menuju ke destinasi seterusnya untuk hari itu iaitu Mount Cook...dari rumah lagi kkida dah bertekad nak ke MC....wp pasti kkida tak akan mampu berjalan jauh namun dapat jejakkan kaki berhampiran situ pun dah happy rasanya...:)
dalam perjalanan menuju ke Lake Tekapo kkida ternampak satu lokasi menjual kereta lama dan barang lama...berhenti singgah nak tengok apa yg mereka jual...Wah!!! memang bestlah...banyak sungguh barangan lama dan antik, juga barangan baru yg di lamakan....dari sekecil-kecil skru hingga sebesar-besar barangan seperti kereta lama, meja taman dan sebagainya...pinggan mangkuk lama juga banyak...

bagi penggemar barang lama, singgalah ye...memang heavenlah...saknika benda ada...tokma tak mampu nak membeli apa-apa, tak daya nak mengusung sana-sini...ada jugalah mr hubby beli benda-benda yg dia berkenan... (buat berat beg ajer)😉

sebenarnya mereka tak benarkan pelanggan ambik gambar...tapi biasalahkan....mana boleh tak ambik gambar...hehe...curik curik ambik sikit-sikit...tak leh banyak banyak...mana yg depa tak nampak tu kkida ambiklah...😁
selepas puas berlegar-legar kat kedai antik tersebut...kami pun meneruskan perjalanan menuju ke lake Tekapo dan seterusnya ke Lake Pukaki dan Mount Cook...pemandangan sangatlah indah...gambar-gambar yg kkida abadikan di sini tak sama seperti realiti...jika anda ingin menghayati keindahan bumi Allah ini kenalah datang sendiri ke sini...


kkida stop sebentar di lake tekapo...malam sebelum tu dah jengah sekejap...so pagi ni just nak tengok sekali lagi...sebelum meneruskan perjalanan ke MC...jarak105km from tekapo...

pemandangan sepanjang perjalanan ke MC sangat indah...terutama view Lake Pukaki...Subhanallah cantik sangat...kkida memang sangat rekomen you all yg nak ke NZ masukkan dalam itenarari destinasi ini...jangan tak pergi ok...rugi tambang pesawat jika tak ke MC...😀


Google, youall boleh dapat banyak info berkenaan Lake Tekapo, Pukaki dan Mount Cook ni...kkida tak tau nak cerita secara detail apa yg ada kat sana...apa pun letih gaklah tokma menapak utk sampai ke first stop utk ke Hooker Valley 😑...Hani dan Mr Hb dua beranak dah lepas jauh ke depan...maklumlah baru lepas makan nasi dengan kari kambing...laju jelah...lol

Hooker Valley jauh jaraknya dari tempat letak kereta...jalan kaki 2 jam jugalah nak sampai ke lokasi tersebut...


lama jugalah kkida menunggu depa dua beranak...adalah 5 jam kot...tapi sebab tempat cantik kita pun tak kesah...sejuk pula...memang bestlah...boleh lena dalam kereta...terdapat banyak kereta, bus, motorhome kat area parking...ada juga chalet dan hotel...juga tempat untuk parking motorhome dan berkemah...jika cuaca tak sejuk ok...kalau sejuk hmmm...tak taulah...😥

Petang kami pun bertolak menuju ke Twizel...tempat untuk istirehat malam itu sebelum menuju ke Arrowtown...

InsyaAllah tokma sambung lagi nanti...