Tuesday, January 19, 2016

perjalanan umrahku ~ part IV

Assalamualaikum,
kkida ingin sambung sikit lagi mengenai trip umrah akhir tahun lalu...sebenarnya banyak yang ingin kkida kongsikan, tapi rasanya cukuplah takat ni cerita kkida di Makkah Al Mukarramah...kami menginap di Makkah selama 7 malam...kemudian bertolak ke Madinah dan menginap selama 3 malam lagi sebelum pulang terus dari Madinah (tak patah balik ke Jeddah)


ketika di Makkah pelbagai gelagat manusia yg akan kita temui...terutama penduduk tetap Makkah...beruntung merekakan...:)

Kita ni nak ke Makkah mengerjakan umrah dan haji agak payah berbanding mereka penduduk tetap Makkah dan rakyat Saudi...ramai yg kkida kenal teringin jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, namun tidak kesampaian...:')

Majoriti kerana kekangan kewangan...yelah bukan sikit belanja nak ke sana...dahlah nak dapatkan visa pun payah (haji pulak kena ikut giliran...bukan setahun dua, ada yang menunggu lama hingga ke mati...namun sampai kesudah tak dapat tawaran haji...)

Ada juga yg kkida terbaca kat internet mereka datang umrah tanpa melalui travel agent...urus sendiri...tak tau macam mana depa dapat kelulusan visa...mungkin mereka ada kawan atau saudara yang  punya travel agensi yang menguruskan pakej umrah dan haji...so bolehlah mereka tumpang sekaki...jika tidak bukan mudah nak dapat kelulusan visa...:(

untuk makluman anda...jika wanita nak buat umrah kena ada mahram ye...jika isteri pastilah suami atau anak lelaki dewasa lebih 18 tahun...wanita usia melebihi 46 tahun tak perlu mahram...Hani dan Atmam bermahramkan Ajwad haritu...jika tak memang tak boleh pergi...:/


anak ni pandai...dia cari rezki, tak minta sedekah...duduk kat laluan orang lalu lalang dgn penimbang berat badan...sapa nak timbang badan kena bayar...:)


pakcik ni pula ambil upah hantar barangan belian pelanggan dari kedai ke mana-mana...kerusi lipat ni kkida beli untuk diwakafkan ke masjid (kiriman dari beberapa rakan alam maya)

InsyaAllah semuga apa yang anda sedekahkan akan menjadi saham akhirat kelak...kerusi ni memang sangat berguna...Masjidilharam amat luas dan manusia pula tidaklah sedikit...letaklah banyak mana pun kerusi ni...pasti ada je yg digunakan...:)


Kebanyakan workers yang membesihkan dalaman masjid dan sekitarnya juga yang menguruskan air zam zam adalah warga luar terutama dari Bangladesh, Pakistan, Yemen dll...warga Indonesia juga ramai...

Masjid dicuci 6 kali sehari tak silap kkida...mereka ada giliran kerja...masa gi lawatan luar mutawif tunjukkan tempat penginapan mereka...jauh di luar kota Makkah...mereka diangkut dengan berpuloh bas setiap hari utk ke masjid...untungkan dapat kerja di Tanah Suci...bahagia sangat...


Anak gadis kecil ni pula rajin tolong servekan air zam zam pada kami...dia bawa sebotol air zam zam dan cawan sekali...slow aje dia jalan...kkida ingatkan apa...rupanya dia nak tanya (tanpa suara) jika kita nak minum air zam zam...hehe...(mungkin maknye yang suruh kot...:)

Senyap aje tak dengan suara...meliuk lentuk...:)


Namun alunan suara anak ini mengaji yang terbaik...membuatkan kkida terpaku...Hafiz kecil...di kelilingi Al-Hafiz dewasa...anak ini mungkin sedang dididik sebagai pelapis yang akan menjadi salah seorang bilal atau imam Masjidilharam kelak...InsyaAllah..:')


sempat berselpie dengan budak ni...dia tak reti duduk diam...terkesel-kesel...orang nak solat pun tak tenang...ada kala kkida tak sempat masuk ke dalam ruang masjid...terutama jika lewat keluar dari bilik...maka solat ajelah kat dataran...musim sejuk memang sedap solat kat luar...nyaman kemain even waktu siang...


jumpa Shahshu (adik pada Sharifah Kirana- famous fashion designer)...kami tinggal dalam hotel yang sama kat Makkah...Shahshu juga pakar kek (kawan my sis kak jun sebenarnya)...ig Shahshu ialah @sugarpinkicing (kalau nak order kek birthday ke kawin ke boleh hubungi shahshu ye...:)

Rasanya ni my last pos kisah kkida anak beranak di Makkah...lepas ni kkida nak share ziarah kkida di Madinah pula....InsyaAllah...


Lepas solat subuh masing-masing letak kepala dan lena...mereka ini datang ke masjid seawal jam 2 atau 3 pagi sehingga bawa ke subuh...ada yang tak balik ke hotel seharian...mungkin kerana lokasi penginapan mereka yg sangat jauh...ada yang siap bawak selimut lagi...hihi...betul-betul beribadahlah mereka ini...tahu apa yang mereka mahukan...bukan main ikut ikutan sahaja...

2 comments:

  1. Asalam..subhanallah..bertuahnya akak jadi penghuni tanah suci...sebak pulak tgk gambar2 tu.. :'(

    semoga ada kesempatan kami..dipanjangkan umur utk menjejak kaki ke tanah suci..amin3

    ReplyDelete
  2. Dah lama x jengah blok ni ..asyik jengah ig ja. Blh tahu ..k.ida g umrah pakej sykt mana ye ... blh pilih nk full board ke tdk.

    ReplyDelete