Saturday, January 2, 2016

perjalanan umrahku ~ part 1

Perjalanan umrah ku mencari ketenangan dan keredhaan Allah swt...


Assalamualaykum sahabat blogger sekalian...setelah berfikir semasaknya, kkida ambil keputusan utk menulis mengenai pengalaman kkida mengerjakan umrah dari 20hb hingga 31dec lalu bersama tiga orang anakanda kkida iaitu hani, ajwad dan atmam...hubby tidak turut serta (rasa sedih jugak...:)

Namun Mutawif di Makkah berkata, bukan semua orang dapat jemputan dari Allah, jika Allah swt tak jemput memang tak mungkin seseorang itu jejakkan kaki ke Tanah Haram walaupun duitnya berkepok-kepok..serupa macam kenduri kendara, jika tuan rumah tak ajak, walaupun jiran dekat tak mungkinlah kita nak pergi...betul tak? Paling kurang kena jemput tru watsup...:)....barulah rasa tak segan nak gi...


Alhamdulillah, kkida anak beranak telah selamat kembali selepas sebelas hari bermusafir ke tanah suci, rasa seronok sangat kerana tertunai sudah hasrat di hati hendak ke Makkah...kali terakhir kkida jejakkan kaki ke SANA tahun 2009, tatkala mengerjakan Haji dengan suami...:)

Banyak yg kkida ingin sembang dan kongsikan...pengalaman kkida selama 10 malam di Makkah dan Madinah...harap mana yg elok jadikan panduan yg kurang elok jadikan pengajaran...lain orang lain pengalamannya...rezki masing-masing...walaupun kita dah plan cukup bagus, namun semua itu kehendak Allah SWT...


Sejak tahun 2013 lagi hati kkida nak sangat ke Makkah...tapi mungkin bukan rezki kkida, maka angan-angan tinggal angan-angan hinggalah selepas raya puasa tahun lalu kkida bertekad nak gi juga tahun 2015...dan Alhamdulillah kkida berjaya jejakkan kaki ke Rumah Allah dan ke Raudhah di Madinah...satu pengalaman yg tak mungkin kkida lupakan sepanjang hayat...ntah mampu atau tidak kkida nak ke Makkah lagi...terutama dari segi kesihatan...huhu

Oklah, kkida nak mulakan kesah perjalanan umrah kkida ini dengan pakej yg kkida pilih...

Sebelum ambik keputusan ikut pakej Syarikat UT kkida telah survey hampir 10 syarikat yg mengendalikan umrah...antaranya...Andalusia, Rayhar, Zahafiz, TH Travel, Gemilang dan beberapa lagi syarikat lain...tapi ntah kenapa kkida pilih UT...:')

kkida tak pasti samada pakej syarikat lain ok ke idak...namun pengalaman kkida dengan UT memang tidak menggembirakan...mungkin dah itu rezki kkida...redha jelah...namun jika ada rezki untuk buat Umrah sekali lagi tak mungkin kkida pilih pakej dari Syarikat U (1st and last)...dan kkida juga tak rekomen jika ada adik beradik atau kawan-kawan yg nak ikut pakej syarikat ini...

Kenapa?
1) lain yg di janji lain yg diberi
2) servis kureng
3) harga vs tawaran tak sepadan
4) ada banyak pilihan lain yg lebih baik

sepanjang kat sana dok teringat kat cucu tokma yg cerdik ni...balik aje dari Umrah tengok dia dah boleh merangkak laju....:)


dalam pesawat sebelum berlepas...flight delay 3 jam...dah rugi masa kat situ...tapi ada juga yang kkida dengar lewat sehingga 20 jam (redha jelah)...itulah standard servis pesawat Saudia

tunggu agak lama juga kat airport Jeddah...selepas dua jam baru bas sampai untuk jemput kami ke hotel (Makkah)...akhirnya tiba hotel jam 4 pagi...rehat jap, solat subuh, breakfast dan keluar utk tawaf dan saie...

kkida bukan nak perlekeh syarikat tersebut, namun lebih baik kkida cakap terus terang dari dok simpan dalam hati...(ini adalah apa yg saya dan group kami lalui)...lain orang lain bahagiannye...:\

InsyaAllah jika ada masa kkida sambung lagi ye...:)

6 comments:

  1. wow takutnye kena tipu dgn agensi cm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kena tipu...mereka tak tipu...cuma mereka tak usaha tepati janji...

      Delete
  2. Assalam.. Kak Ida. Alhamdulillah, dah selamat pulang. Maaf ya, sy tak tahu Kak Ida ke sana.. sy tunggu sambungannya tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, takpa seri...Insyaallah kkida sambung lagi...

      Delete
  3. ahamdulliah kamu akhirnya dapat jadi tetamu lagi ke sana. Alhamdulliah juga agensi saya tepati janji. Bagus juga kami coretkan kat sini, untuk info orang yang lain yang berhajat hendak ke sana nanti, takut agensi tak tepati janji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak burukkan travel agen...hanya nak beri info kepada pembaca blog ini...

      Delete