Thursday, August 28, 2014

myChef Swedish Meatballs

Assalamualaikum,
selamat malam, malam ni malam jumaat...ntah kenapa tetiba kkida terajin pula nak mengupdate blog...huhu...takpa sat je, bukan lama...

sebut perkataan lama, memang lama sungguh kkida mencari myChef swedish meatball ni...teringinnye nak rasa tuhan aje yang tau...bepusing-pusing seluruh alam mencari dan akhirnya baru terjumpa kat Cold Storage, Ikano Power Centre....Alhamdulillah...

selama hari ni memang kkida tak nampak mychef meatball ni kat dalam freezer Cold Storage...tapi hari tu ada pulak, rezki....so kkida pun borong le 4 kotak sebab susah nak dapat...
tapi hari ni baru teringat nak panaskan sekotak, tu pun sebab anak bongsu kkida nak makan...sebenarnya memang dok ingat nak rasa, yelah tu sebab beli tu...tapi asik lupa je...:)
meatball yang cepat dimasak enak dimakan, itulah apa yang kkida boleh katakan mengenai product ini...simple yet delicious...meatball always my kids favourite...jika nak masak hidangan pasta kkida memang sering guna frozen meatball...mudah dan tak perlu buang masa menggentil benda tu satu persatu...

next time kkida nak cuba guna mychef meatball ni pula utk dihidang dengan pasta, mesti sedap dan senang sebab dah ada gravy...tuang aje atas spagheti atau macaroni dan sebagainya...
photo atas...meatball yang dah dipanaskan dalam microwave...hanya 4 minit sahaja dan wallah, dah jadi...sedia utk dihidang...ada sedikit sayur kat dlm pakaging tersebut...

selalunya jika nak makan meatball pasti gi Ikea, since dah rasa myChef meatball ni tak perlulah bersusah payah ke Ikea...hehe...cuma satu, product ni susah sikit nak dapat...:(...dan ada dua lagi product baru myChef yang ingin saya cuba dan hingga kini masih belum kesampaian kerana masih belum ku jumpa...:-)

No comments:

Post a Comment