Tuesday, July 1, 2014

Pasar Cangkat Jering dan kueh dangai

Assalamualaikum,
hari ni masuk hari ke tiga Ramadhan...anda bagaimana? kkida kurang sihat sikit...kepala berat dan letih dari biasa....mungkin kerana bahang cuaca, panas tanpa hujan...

namun Insyaallah, itulah dugaan bulan Ramadhan...kalau semuanye selesa seperti hari biasa, bukanlah ujian namanya...:)

Sabtu lalu iaitu sehari sebelum puasa kkida ke Taiping...seperti dijanjikan...tujuan untuk ke rumah anak yatim dengan beberapa orang kawan suami bagi menyampaikan sumbangan daripada beberapa orang sahabat alam maya yang mengikuti blog 1001resepi ini...Alhamdulillah, segalanye berjalan dengan baik, terima kasih pada yang memberi sumbangan...(nantilah kkida cerita di lain entri ye)

sebelum ke rumah anak-anak yatim kami menuju ke Larut Matang food court, our meeting point sambil pekena mee dan rojak yang terkenal itu...popia juga sedap...

(maaf, bagi anda yang tidak tahan dengan dugaan melihat makanan yang menitiskan air liur ini adalah dinasihati supaya tidak menjengah ke blog yang berkaitan dengan makanan dan resepi...dah namanye pun blog resepi, takkan nak letak gambar kapal terbang pulak...jika puasa anda tergugat dik kerana food photos ini, itu adalah atas kehendak anda sendiri....pihak admin tidak akan bertanggungjawab jika ia mengganggu emosi anda dan membuatkan pahala puasa anda berkurangan...terima kasih) 
selepas menziarah dua buah rumah anak yatim dan miskin, kami terus menuju ke pasar Cangkat Jering yang juga terkenal dengan pelbagai jenis kueh mueh dan makanan selain membeli barangan kering seperti ikan masin, pekasam dan lain-lain...

sempat singgah duduk dan minum kat salah satu stall kat situ...makan satay dan nasi lemak kampung style...enak bangat...hehe...
sebelum pulang kkida sempat tengok adik ni buat kueh dangai, hubby kkida suka bebeno makan kueh dangei ni...kkida juga...

kkida tanya kat adik tu apa bahan yg dia guna untuk buat kueh tu....ish! rupanya tak le banyak benar bahan yang digunakan...hanya campuran tepung pulut dan kelapa aje...:)

...nanti kita nak cuba buat....bakar dalam oven pun boleh kkida rasa...
lepas dah tekan-tekan campuran tepung pulut dan kelapa dalam acuan (rationya 1:3)...taburkan gula putih (foto atas) dan terus bakar atas api hingga keperangan...sebelum tu kena panaskan dulu acuan tu...
kueh dangai yang dah masak...sedap kueh adik ni...makan pula panas-panas...

ok, kkida nak mula masuk dapur dah ni....hehe...nak masak apa hari ni?

4 comments:

  1. sedap kuih dangai nie,saya pun suka...ni kuih tradisional kita, sekarang susah dah jumpa kuih nie...

    ReplyDelete
  2. sy pulak kurang minat kueh yang kering2 ni Kak Ida, kalau talam2 sy suka, hihihi..

    menyampah dgn org yang perasan bagus konon tak boleh letak gambar dan mengecurkan ailio org lain di bulan puasa.. haishhh!!

    ReplyDelete
  3. Semalam baruuu makan kuih dangai nie...hehehhe. Kat Alor Gajah pun ada yang jual kak...

    Choppp!!!! Saya setuju dengan Kak Sari. Menyampah org yg kecam kita letak gambar food masa bulan puasa... Tak suka, tak yah baca. Gi main jauh2 kan kak...

    ReplyDelete
  4. Salam kak ida, tak payah pakai oven, bakar je dalam pembakar roti yg jenis kepit tu... masuk je campuran kelapa gula dan tepung pulut dalam tu dan bakar....

    ReplyDelete