Tuesday, October 13, 2020

Sup Tulang Goreng


Sup biasa, cuma digoreng tulang tersebut...saya pernah makan sup ni di sebuah restoran, tak ingat dah kat mana...so bila balik teringat nak tiru cara restoran tersebut buat sup...hasilnya ok...
lain sikitlah dari makan sup yg tak digoreng...


Rebus dulu tulang/daging hingga empuk baru goreng...atau sebaliknya...mana-mana pun ok kot...


Original resepi sup daging tak perlu goreng daging/tulang tersebut...
terus je rebus hingga tulang empuk...

Rebus daging, masukkan sup bunjut, halia yang diketuk dan sikit serbuk sup, kayu manis...

Rebus hingga daging separuh empuk, keluarkan dan goreng (deep fry)

Kemudian masukkan semula ke dalam sup dan rebus sehingga benar-benar empuk 
(isi relai dari tulang)

10 minit sebelum tutup api masukkan kentang dan carrot jika suka...

Tambah kiub daging, garam dan lada sulah...

Sebelum tutup api masukkan daun sup/bawang dan bawang goreng (banyak) dan tutup periok...
Biar sebentar sebelum dihidang...cicah dengan cili padi kicap...memang sedap!!!

Jom share bagaimana cara anda masak sup? 
(repost from 2014)

3 comments:

  1. Salam, Kak Ida... phewwwwwwwwww.. terbau sampai ke Johor. Cara masak sup kita samalah Kak Ida.. cuma sy tak pernah pulak goreng dulu. Kat Johor ni ada jual jugak Sup Ekor Goreng.. dah siap supnya.. dikeluarkan ekor tu dan digoreng. Sy pun tak pernah makan, Aziela Rainbow yang cerita, hehehehe

    p/s semalam dan kelmarin entah knp tak bleh nak komen kat blog Kak Ida.. Alhamdulillah hari ni dah boleh.. i miss u sis..

    ReplyDelete
  2. Luar biasa resepi ni kak

    Datanglah wahai rajin

    aku mahu teror masak macam kak ida

    amiiin

    ReplyDelete