Wednesday, February 5, 2014

kampung daun dan kerak telur

Salam,
kkida nak sambung lagi my trip ke Bandung....:)

pada entri sebelum ni kkida dah ceritakan mengenai lokasi tempat makan yang menarik jika anda ke Lembang...sebenarnya banyak tempat makan menarik sekitar Lembang dan salah satunye adalah tempat ini..:)
selepas lunch nasi timbel kat floating market...supir bawa kami jalan-jalan keliling kampung sekitar lembang, oleh kerana muka bumi lembang berbukit bukau, dan gunung ganang, maka majoriti rumah penduduk terletak di tebing gunung...pemandangan memang cantik...kkida tak sempat nak snap gambar sebab dah keletihan sangat since kkida tak tido langsung dari malam tu sebelum bertolak ke lcct...hingga bawa ke malam semula...:)
Kampung Daun...sebenarnye ramai je orang malaysia datang ke restoran ini untuk makan-makan dan santai bersama keluarga...tempat ni memang popular kerana suasana persekitaran yang nyaman dan asli...

Kampung Daun sebenarnya terletak dalam sebuah lurah gunung batu yang dalam dan luas...memang sangat kreatif pemiliknya...tempat yang mungkin satu masa dulu tiada siapa yang nak beli atau tinggal akhirnya menjadi tarikan pelancung seluruh dunia....ada anak sungai yang mengalir dan restoran ini memanjang hingga ke atas gunung....kkida tak naik sampai atas kerana tak mampu nak menapak tinggi....hehe....
pondok-pondok atau wakaf dibina sepanjang laluan bermula dari kawasan tanah rendah hingga ke tanah tinggi untuk pengunjung bersantai sambil menjamu selera...semua makanan di order secara ala carte...oleh kerana kkida baru je lunch yang sangat heavy kat floating market...so kami hanya mampu lihat ajelah orang makan...hehe.... 
salah sebuah gerai yang menjual makanan bergoreng....
pondok juruwang...

sepanjang laluan ke wakaf atau pondok terdapat penjaja yang menjual pelbagai kudapan....dan antara yg menarik perhatian kkida adalah kerak telur ini....makanan khas masyarakat betawi....kenapa dinamakan kerak telur....hmmmm....jom kita tengok bagaimana ia buat...sangat interesting...
kuali khas dipanaskan atas bara api dari tempurung kelapa....tak perlu minyak ok....sendukkan beberapa sudu pulut susu yang telah direndam semalam ke dalam kuali panas (dan sedikit air rendaman)...pulut susu adalah sejenis pulut yang lemak dan lembut...bila direndam lama ia sangat lembut dan boleh dipicit dengan hujung jari aje...biar ia mendidih sebentar sebelum dimasukkan serunding dan udang kering/ikan bilis serbuk tak silap kkida dan beberapa bahan lain...
pecahkan sebiji telur...
kacau rata...pulut akan masak empuk dan melekat pada kuali tersebut...
tutup sebentar supaya ia masak rata...
inilah rupa kerak telur yang telah masak...makan dengan serunding dan bawang goreng...sedap tak? pucuk dicita ulam mendatang....lama dah kkida teringin nak cuba juadah ini sejak kkida terjumpa video kat bawah ni....memang rezki betullah...tetiba ternampak orang jual kerak telur kat Kampung Daun...hehe...

thank you....memang sedap dan kkida suka...:)
selain kerak telur ada juga penjaja yang jual pelbagai jenis kueh mueh dalam kawasan restoran tersebut...bawah ni putu bambo...rasanya...kureng sikit pada tekak kkida ni....sedap lagi putu bambo sungai penchala...:) 
kueh yang ni sedap kkida suka, ia ala ala kaya ball gitu...dalamnye ada gula dan kelapa...sedap dimakan panas-panas...
 yang ni pula mini penkek coklat...comel aje...tengok le acuan pankek tersebut...special kan...
kami rehat kat salah satu wakaf sambil minum kopi dan makan kueh mueh dan kerak telur yang dibeli kat penjaja tadi sebelum pulang ke hotel untuk isitirehat...malam tu kkida dinner kat hotel aje...kenyang siang tadi belum habis lagi...namun dinner kat five star hotel tak mampu menandingi hidangan simple nasi timbel dan kerak telur yang jauh lebih enak...:\

jika ke Bandung jangan lupa ke Kampung Daun ok...kkida tak pasti kualiti makanannye sebab tak makan kat situ...tapi suasana tempat tersebut memang best dan takda kat negara kita...:)

4 comments:

  1. Katanya, makanan di Kampung Daun, biasa2 jer kak. Tapi, saya tertarik dengan kerak telur tu. Sangat2 unik.

    ReplyDelete
  2. Yup Kak ziela.. sy pun suka kerak telor... susah nk jumpa skg ni...
    resepi

    ReplyDelete
  3. menarik btoi le K. Ida. Nak juga try kerak telur tu .. he he. Ujung-ujung citer nanti.. boleh share petua dan panduan nak ke sana macam kak ida buat ni. Pergi pakej sendiri !!

    ReplyDelete
  4. Bisnis kuliner memang gak ada matinya, apalagi ditambah dengan strategi pemasaran yang baik. Bisa dikatakan akan menjadi sebuah usaha yang always profitable. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan Greenpack yang memungkinkan Anda dapat membranding dus makanan dengan brand usaha kuliner Anda.

    ReplyDelete