Saturday, March 9, 2013

3rd SSIC Junior Top Chef Challenge


salam buat semua,
selamat beristirehat di hujung minggu...
anda buat apa hari ni...relax kat rumah aje ke...:)

kkida pepagi lagi dah ada program...mula-mula rasa berat juga nak hadiri majlis tersebut...tapi dek kerana pihak terbabit telefon kkida personali ajak datang...maka kkida gagahkan juga...lagi pun hati kkida teruja sangat nak tengok chef-chef muda ni masak...pasti interesting...betul ke depa ni boleh masak...macam ragu-ragu ajekan....:)))


sebelum pertandingan dimulakan peserta dan penonton disajikan dengan beberapa acara selingan...antaranya penaja gas Petronas menunjukkan cara-cara betul mengendalikan gas dan ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil kira...kemudian seorang chef dari MLA (meat and livestock australia) menunjukkan cara-cara memotong bahagian daging paha bagi menghasil daging yang sesuai untuk steak, roast, cube utk curry dan sebagai...


peserta-peserta pertandingan adalah terdiri dari murid-murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5...antara sekolah yang menyertai pertandingan ini adalah SMK Bandar Kinrara, SMK USJ 12, SMK Puchong, SMK Sungai Besi, SMK Kepong, Kolej Vok Setapak dan beberapa buah sekolah lagi...

setiap kumpulan terdiri dari 2 orang peserta....bahagian pertama sebelah pagi....para peserta dikehendaki menyediakan 3 jenis hidangan tempatan (local delicacies) iaitu satu hidangan sup, satu hidangan berasaskan beras dan satu hidangan berasaskan daging atau ayam (dalam masa 90 minit)


senyuman manis dari peserta SMK Sungai Besi...baru mula nak masak ni...


pertengahan memasak...masing-masing mula serius...ditambah pula bahang panas matahari yang mula terasa serta tukang 'menyibuk' yang ramai sekeliling mereka (termasuk auntie ida...kannnn....:)


kkida suka dengan kumpulan ni...tambah anak yang comel belah kanan tu...hehe...


bakal chef hebat satu hari nanti...tak caya tunggu 10 tahun lagi...:-)


kkida terpaut dengan sambal ayam masak merah anak ni...dari sekolah mana ye...auntie ida dah lupa...tak silap SMK Bandar Kinrara...


tengoklah hasilnye kat bawah ni....kalah kita kan...kan....hihi...


bila hasil masakan mula dihidangkan satu persatu...mulut kkida mula 'ternganga' nengoknye...
Wah!!! hebat sungguh anak-anak zaman kini...kalah kita tatkala seusia mereka...:-\


anda berdua memang superb....nasi tu cantik sungguh warnanye....nasi hujan panas...


hmmm....bila tengok cara hidangan ini disajikan...terkedu jap kkida...lihat lah udang tu...tergayut-gayut kat tepi tempurung kelapa...dan sup labu...mesti sedapkan...:)


atas hidangan nasi ayam dan bawah nasi minyak/beriani dengan kurma ayam...


hmmmm.............menunye kemain lagi....pandai kalian mereka....:P


nampak sedap aje kebab daging tu...juga nasinya yang dibungkus menarik...anda semua adalah bakal-bakal chef/tukang masak hebat satu hari nanti....InsyaAllah...kagum dengan kebolehan kalian....


gulai udang dan sup wantan yang sungguh menyelerakan...


antara penaja pertandingan....selain maggi, gas petronas, tupperware, myChef dll...


selepas sesi pertama pagi tadi dan lunch (terima kasih)....kkida minta diri dari Chef Zam untuk pulang...sesi kedua sebelah petang bermula jam 2.30pm...

terima kepada SSIC kerana jemput kkida 'nyibuk-nyibuk' pagi tadi....kkida akui kini bahawa anak-anak yang 'masih hijau' ini mampu menyediakan hidangan setanding ibu mereka serta mampu membuatkan kita telan air liur....hidangan yang sungguh menyelerakan...:-D

11 comments:

  1. Hebatnya anak-anak ni.. mungkin kerana pendedahan yang lebih meluas tentang dunia masakan sejak akhir-akhir ini. Tu baru tengok tang rupa belum rasa lagi. Tentu senang mak di rumah bila ada anak-anak yang hebat di dapur ni, kan...

    p/s Tak ada yang berkenan buat calon menantukah??? hehehe

    ReplyDelete
  2. Oooooo KKIDA pegi pg ek heheh D5 sampai yg kul 2.30 so xsempat lah jumpe KKIDA, Ermm mmg sumer nyer nampak berbakat diandingkan ngan umo nyer kan KKIDA :D

    ReplyDelete
  3. Seriously memang kagum dengan bakat2 mereka. presentation pun, kus smangat, ohsemmm sangat....Udang dalam tempurung dan nasi berbungkus daun pisang, menarik!!....

    ReplyDelete
  4. wowwwww...hebat2kan mereka...nampak sedap dan menarik skali

    ReplyDelete
  5. Hidangan yg dipersembahkan, + presentation yg menarik.. buat kita yg tgk ni rasa sgt kagum. Lagi2 bila tahu bahawa mereka ni masih anak2 lagi.. Cayalah.. :D

    ReplyDelete
  6. memang terbaiknya anak2 muda sekarang nie..persembahan nampak meyelerakan dan menarik..kreatif sungguh

    ReplyDelete
  7. Aduhai, saya sendiri pun belum tentu mampu nak memasak dan hidang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita...tak rajin le kkida nak berias-rias...:)

      Delete
  8. nk resepi ayam masak merah tu, nampak sedap bebeno kk ida

    ReplyDelete
  9. Teruja sekejap tgk adik adik kita memasak..

    ReplyDelete