Tuesday, September 29, 2020

Ikan Bilis celup Tepung


Ikan bilis putih...sedap digoreng dalam tepung cucuq


Bersihkan ikan, jika nak buang kepala silakan, saya goreng semua, tak buang kepala pun..:)
Jika digoreng rangup, sedap...kepala pun boleh ditelan sekali :)


Resepi utk bancuhan tepung, saya buat seperti bancuhan cucur udang...

Daun kucai, cili merah dan bawang besar...semua cincang/potong kecil...tepung gandum dan sedikit tepung muruku atau tepung beras...garam, soda dan perisa jika suka...tuang air suam kuku dan gaul rata hingga pekat dan sebati seperti foto dia atas...


Panaskan minyak banyak untuk deep fry...sendukkan bancuhan ikan/batter dalam kuantiti 2,3 ekor sesudu dan goreng dalam suhu sederhana panas...makan ketika masih panas...cicah dengan sos cili thai dan mayonnaise...

Sedapppp!!!

(repost from 2012)

5 comments:

  1. Makan panas2 dengan air kopi/ teh o masa hujan2 ni.. hhmmm, sedapnya kak ida.. :D

    ReplyDelete
  2. Kena pulak cuaca mendung berarak awan kelabu...tergodaaa dah...

    ReplyDelete
  3. Salam..saya selalu nampak ikan ni kat pasar..tapi tak pernah beli sebab tak tau nak masak apa...emmmm nampak menarik juga resipi ni..boleh buat kudap-kudapan di waktu petang...

    ReplyDelete
  4. Salam Maalhijrah, Kak Ida.

    Wahhhhh, tetiba teraa cucur jagung Kak Ida kat tekak ni bila nampak cucur bilis tu, hahaha

    ReplyDelete