Saturday, September 26, 2020

Sambal Udang Petai dan Tempoyak


Sambal udang dengan petai dan tempoyak...sedap...

Bagaimana nak buat sambal udang...semua orang pun tahukan...:)

Bahan utama udang besar dlm 15 ekor utk makan 4 orang (buang kepala dan separuh kulit)

cili blender, petai dan tempoyak

Bahan tumis, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan asam jawa

Cara

Tumbuk bawang merah 5 ulas, bawang putih 3 ulas dan halia setengah inci

Panaskan kuali dan tuang minyak 1/4 cawan, tumis bahan tumbuk hingga perang

Masukkan cili blender 1/2 cawan dan air 1/2 cawan dan tumis hingga pecah minyak

masukkan belacan satu sudu besar dan tempoyak (jika tak guna tempoyak masukkan air asam jawa)

kacau seminit, masukkan petai dan sebiji bawang besar yang dihiris bulat tebal

kacau sebentar...masukkan udang...kacau dalam 2 minit...

tambah garam, gula merah, perisa...

Sambal yang sedap rasa pedas manis, masin dan masam...secukup rasa...


menyala-nyala...yummy...
(repost from 2012)

21 comments:

  1. Salam.. Kak Ida, kecur melihat sambal udang tu.. Favourite Nur tu.. Melelh air liur ni melihat skrin komputer ni..

    Chef Izani pun confirm datang ye.. Alahai.. lambat pula nak tiba hari Sabtu.. hehe

    Can't wait to meet u sis..
    Sayang Kak Ida.. **hugs**

    ReplyDelete
  2. Askum kak ida
    Sedapnya sambal udang petai tempoyak tu..nk kena cuba buat lah..
    Rendang kerang tu saya biasa mkn cuma tk pernah letak pucuk paku..boleh cuba nanti..
    Tq kak ida bg ilham..

    ReplyDelete
  3. Uikk..mak, lawa sambal akak, merah menyala... ^_______*

    ReplyDelete
  4. Rempah rendang babas mmg sedap, kakzana biasa guna.....kekadang buat inti karipap nak tmbh pedas.
    Sambal udang merah menyala.....huhu...lama tak berpetai rumah ni.

    ReplyDelete
  5. Aduh terliur sgt sgt ni. Meleleh air liur.

    ReplyDelete
  6. waahhhhhh sedapanya tengok sambal udang tu!

    ReplyDelete
  7. salam kkida,

    terliur makyong tgk sambal petai n rendang kerang ni:)

    ReplyDelete
  8. alahai dah terliur dah nie..sedap tu udang petai ngan tempoyak..


    dah tak sabor menunggu hari sabtu..
    mesti syok jumpa semua chef termasuk chef kkida nie..

    ReplyDelete
  9. Waah, sambal tumis udang macam biasa tu kita campur tenpoyak yer kak..? Harusss cuba nie.

    ReplyDelete
  10. aduhaiiii..kecoqq liuq laa..ngah berdiet ne..:(

    en mat gebu, kawan opis depan saya ne hari2 tgk blog en mat taw..

    ReplyDelete
  11. berdebo2 kita baca Chef Ezani nak datang, almaklum, kita penyokong setia beliau di MCM dulu.. hehehe.

    Sambal udang petai tempoyak tu merah menyala sebab KKida yang buat kot, serinya lain macam, kann..

    ReplyDelete
  12. Tgh lapar ni kak ida. Masuk blog k ida lagi lah jd super lapar. Serius nampak sgt sedap.. Tak sabar jumpa k ida sabtu ni. Jumpa disanaaaaaa.. :-)

    ReplyDelete
  13. Salam, sy dtg brtandan dr blog aziela....
    sedapnya smbal udang tempoyak tu....

    ReplyDelete
  14. salam semua...kkida sibuk bungkus hadiah giveaway....hehe....nanti kkida nak update kat blog...esok lusa...bukannya apa...nak bagi anda tambah teruja...:)))

    ReplyDelete
  15. Kak Ida, rindu sangat2 dengan akak, baru sempat singgah sini..muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  16. Waaaaaa sedapnyer nampak sambal udang petai tu... :)

    ReplyDelete
  17. salam auntie ida, honney xdapat dtg ler ke restoran rebung tu nanti..honney ada kat sibu sekarang...huhu...sedih sgt2x tak dapat join...frust menonggeng dah nie...

    ReplyDelete
  18. ok honey, nak buat macam mana...:(
    lain kali ada rezki kita jumpa ye...wassalam

    ReplyDelete
  19. salam diangin lalu je lah untuk chef ezani

    *memancor mancor warna merah sambal udang tu bak kata orang perak

    ReplyDelete
  20. Sedapnya rendang & sambal udang tu. Ct tak tau lak tempoyak boleh letak lam sambak udang camtu. & 1st time tgk rendang letak pucuk paku. mesti sedap. nyum2... dah terbayang dah ni... boleh try...

    ReplyDelete
  21. siti, kita yang buat dia...apa pun boleh campur...janji sedap kat tekak sendiri...betul tak?

    ReplyDelete