Saturday, July 21, 2012

Masjid Huaisheng, Guangzhao


Assalamualaikum,
Selamat berpuasa....:)
dalam bulan Ramadhan, entri di siang hari tak bolehlah tunjuk foto makanan...hehe...tak baik menggoda kalbu orang yang sedang lapar dahaga....:)

bagaimana dengan hari pertama berpuasa anda...biasa jekan....ni dah masuk tengahari...bagi orang yang kerja nine to five memang tak rasa sangat...cuma orang yang dok rumah macam kkida ni....lambat gak rasanya jam tu bergerak...:]

oleh kerana itu tak leh tayang gambar makanan, kkida nak sembang sikit kesah travel kkida beberapa hari yang lalu...kkida ke Guangzhao malam selasa 17hb...empat hari tiga malam...sampai malam tadi jam satu pagi....tujuan kkida ke sana bukan saja nak jalan makan angin...ada sebab lain....nantilah, kkida share dengan anda kemudian ok...

in the meantime, sempena hari pertama bulan yang mulia ini, kkida ingin berkongsi lawatan kkida ke sebuah masjid  lama di Guangzhao, iaitu masjid Huaisheng...berusia lebih 1,300 tahun...dibina pada zaman Dynasti Tang oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas, bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW, beliau merupakan umat islam pertama yang bermisi ke negara China bagi tujuan menyebarkan agama Islam...kkida juga sempat melawat makam Sa'ad ibn Abi Waqqas (nantilah kkida share photonya di lain entri...ok)...:D


senibina masjid yang sangat indah....terserlah ciri-ciri keislaman walaupun ia banyak di pengaruhi oleh senibina China...


masa kkida gi masjid ini sedang dibersihkan oleh qariah masjid (orang tempatan)...malam tersebut mereka akan memulakan solat terawih yang pertama...mereka berpuasa sehari lebih awal dari kita, iaitu hari jumaat...


luar kawasan masjid yang cantik....kawasan lama...redup aje...pokok-pokok rendang menutupi kiri kanan jalan....depan masjid ni terdapat beberapa restoran, kedai jual daging dan kedai runcit muslim...


sebuah restoran yang bertentangan dengan masjid....amat sederhana....(nanti kkida nak share food photo apa yang kkida makan kat Guangzhao...:)


dua jenis roti yang menjadi makan harian/ruji mereka selain nasi dan mee...roti ni tak rasa apa...tawar aje...tak tau macam mana depa makan...keras lak tu...hehe...


kedai menjual daging depan masjid...tengoklah nenek tua tu...pelik agaknya dia tengok kkida ni...sebok dok ambik gambar dalam kedai depa...mereka memang banyak makan daging seperti kambing dan lembu....kurang ayam...


sebuah kedai runcit muslim berhampiran masjid...kkida sempat beli beberapa jenis barang makanan kat sini kerana tak berapa nak lalu makan kat kedai....selain mahal...rasanya...alahai...hehe...makan asal jangan lapor aje...:)

frozen food
hmmm...macam familiar ajekan...:)
cuba tengok regenye...yelah dah datang pun dari jauh...

nilah apa yang kkida beli....sadin, mee segera, bake bean, roti dll...untuk breakfast kat bilik...


oklah, takat ni dulu buat masa ini...Insyaallah kkida sambung lagi di lain entri...:-P

14 comments:

  1. Salam. Cepat je Kak Ida dah update entri.. Cantik masjid bersejarah tu. Rupanya di sana dah berpuasa lebih awal. Tak sabar nak tunggu entri baru dari akak.. ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Nur,
    dah segar sikit ni...tu sbb rajin update entri ni...nur masak apa hari ni?

    ReplyDelete
  3. salam ramadahna Kak Ida...
    sronok bc tulisan Kak Ida..jauh berjalan byk pengalaman

    ReplyDelete
  4. besnye dpt jln2 di china..slmt berpuasa ye akak..

    ReplyDelete
  5. Puasa2 ni, nampak sedap je roti tu walau k ida dah kata keras dan tawar. Haha..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kkida,best dpt ke sana yer...cantik gambor kat sane

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat melancong dekat tempat2 macam ni. Kak Ida pergi China sebab nak tengok barang untuk 1001shoppe tu ke? Huhuhu~

    ReplyDelete
  8. IG tak dapat jejakkan kaki betul2 kat negara orang pun tak apalah kak, baca cerita akak pun dah seronok... terus citer tau, nak sambung baca ni

    ReplyDelete
  9. rezeki masing-masingkan...:)
    Insyaallah sampai masa dan ketikanya youall juga pasti berpeluang untuk ketempat2 seperti ini...anda semua masih muda lagi berbanding kkida ni...:)

    ReplyDelete
  10. Suzlin, lebih kurang camtulah...nanti kkida update kemudian ok...:)

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa kkida. Jadi kkida pegi tu, org sana sedang berpuasa la ye?
    Tempat mereka ni nmpk antik dan penuh sejarah.

    ReplyDelete
  12. wahhhhh bestnya! cantik tempat2 dia.. ;)

    ReplyDelete
  13. mmg seronok dpt jln jln ni kan kkida, insyaAllah de rezeki kita buatlah trip GA grp kkida kemana mana sesama, sure fun kan :-)

    ReplyDelete
  14. kkida, saya ni tengok blog org semuanya gi jln2 luar negara, bila lah saya nak ada rezeki pegi oversea nih. pasport pun x de kkida sbb x pakai pun, buat pe nak gi buat paspot. kkida, best lah baca cerita kkida gi china ni. tunggu cerita selanjut nyer dari kkida.

    ReplyDelete