Wednesday, May 23, 2012

mhs vs macleay hotel


As-saalam dan selamat malam...
view yang menarik dari bilik hotel kkida....tiga malam kkida menginap di hotel ini....dua malam yang pertama kkida anak beranak nginap di malaysia hall sydney (mhs)....tetapi kerana ada beberapa perkara yang kkida rasa tak happy about mhs....kkida pun ajak anak kkida pindah ke hotel ini yang terletak tak jauh dari Opera House....Macleay Hotel...

sebenarnya sebelum booking kat mhs kkida memang bercadang nak sewa kat macleay hotel ni...kkida dah survey dari awal lagi lepas booking tiket flight...kkida dapati lokasi hotel ni bagus dan terdapat complete small kitchen dalam bilik...

wbp, ada kenalan yang cadangkan kkida nginap di mhs dengan harga yang murah...kkida kata oklah....why not....kkida ni sebenarnya taklah cerewet sangat...asal bersih dan selesa memadai...tak perlulah nak luxury sangat seperti sesetengah orang tu...kita ni simple person....

lagi pun kkida ingat since bertiga je dan semua perempuan pula tu...elok juga duduk dalam kelompok orang kita...manalah tahu apa-apa hal....mudah nak minta pandangan dan pertolongan...dan dari beberapa blog yang kkida baca....bab makan takda masalah kat mhs...ada cafe dan harga yang di kenakan juga reasonable....jadi tanpa fikir panjang kkida pun booking le....i.e. about 3 months before kkida gi....


tapi tulah, kita merancang Allah swt yang menentukan....ingatkan proses nak chek-in bilik semudah abc...rupanya...hmmmm....kkida buang masa berjam kat situ kerana pengurus mhs atau person-in-charge takda...rupanya hari sabtu mereka cuti...jadi semua dah keluar...:(

tapi tulah....takkan depa tak tengok senarai orang yang akan tiba ke mhs pada hari tersebut?....kan dah booking berbulan sebelum tu?.....bila kkida suarakan pada seseorang yang kebetulan ada kat situ (tukang masak)...dia kata "sini bukan hotel, hari sabtu orang tak kerja"....:-o

wbp, setelah call sana-sini akhirnya berjaya juga kami hangkut beg masuk ke bilik (tingkat atas) tanpa lif....bilik memang tak berkunci, masuk aje...kkida tanya selamat ke....wanita tukang masak tu kata lagi..."oh! kat sini jangan bimbang...takda yang panjang tangan"....hmmm....diam ajelah kkida, nak kata apa lagi...mereka lebih ariff....:-?

malam tu bila balik semula ke mhs baru dapat anak kunci bilik dari seorang student yang bertugas pada hari tersebut...wbp, beliau beritahu kat kkida hari isnin nanti kkida kena pindah bilik lain kerana bilik tu ada orang lain nak duduk....kkida kata macam mana....barang semua dah bertabur...dia kata kkida tiada pilihan...kena pindah bilik juga...:-O

mak ai...terasa bengang juga masa tu....jika kkida tahu camtu keadaannya pasti kkida tak mau nginap kat situ...pada mereka harga sewa murah sangat...jadi ikut suka depalah nak buat macam mana....kita ni seolah seperti datang menumpang...depa boleh tendang sana sini...

ish! masa kkida booking tiga bulan dulu tak kata apa pun....bila dah sampai macam-macam cakap pulak...pada kkida mereka tidak cekap mentabir...murah ke mahal ke menumpang ke....jangan buat kat orang camtu...bayangkan anda di layan seperti itu...apa rasa???

kkida bukan takda duit...cuma sebab member kata tempat tu ok, kita pun oklah...mana tau keadaan sebenarnya....lagipun kkida suka juga jika duduk kat mhs tu...dapat le tengok keadaan pelajar malaysia yang pasti ramai kat situ....mungkin boleh sembang-sembang dengan dia orang bertanyakan tentang suasana belajar kat Australia...dsbnya...

...next day...lepas berbual dengan manager mhs, puan nurhani...terus kkida gi cari macleay hotel....nasib baik ingat lagi nama hotel tersebut dan dapat cari alamatnya kat internet...gi kat kaunter hotel dan terus booking untuk masuk esok hari kerana hari kedua tu dah ada plan lain...malas nak patah balik ke mhs....tak maulah banyak sangat buang masa ulang alek atas kereta...

so, gitulah lebih kurang pengalaman kkida yang tak berapa manis ketika bercuti ke sydney....memang lah hotel kat sydney tak murah...tapi kita nak holiday...mestilah nak happy...kalau asyik nak terasa hati aje dengan cakap-cakap orang...tak berbaloi datang jauh camtu...dok rumah lagi best...:)

btw, kkida masih ingin berterima kasih pada puan nurhani.....:)


masa booking kat macleay...kkida minta bilik paling best viewnye....tingkat lapan (paling tinggi dan paling ......:)...sebelah kiri opera house, sydney bridge dan bangunan pencakar langit dan sebelah kanan wooloomooloo bay yang indah...:)


dalam bilik ada small pantry...complete dengan electric stove, microwave, fridge, toaster dll...dapat internet service yang amat reasonable harganya...free parking for 3 days....dan yang paling best...orang putih kaunter staff dan pekerja hotel ni tak sombong.....duit tak boleh beli semua...tapi duit boleh bantu kita untuk sedikit keselesaan....itu saje...:)


berhadapan dengan hotel ada small supermarket....dan kkida sangat berkenan dengan roti ini....english muffin yang sangat ori....kat malaysia payah nak jumpa roti camni....beli telur, susu, butter dan muffin...maka jadilah breakfast yang sedappppp seperti ini...hehe...


juga beli instant vegetarian quiches....reheat dalam oven....oh! sedapnye...


dan yang ni palinnnngggg kkida suka....creamy cinnamon rice pudding....fuh! memang sedap....kkida sukaaaa....nanti nak cari resepi dan nak cuba buat sendiri....yang sedap seperti ini....:)


foto bawah ni....sebelum bertolak ke airport (last day)....huhu....suka dan sedih juga...:')


banyak lagi cerita kkida kat sydney ni....bila nak habisnye...ntah le....lol....:)))

7 comments:

  1. Drag panjang2 pun takper Kak Ida. We all semua suka. As if we yang pergi (perasan sungguh..) But it's definitely true, money can't buy everything but it would help. Hubby selalu kata kalau nak holiday, biar betul2 selesa. It's supposed to be enjoyable moments...

    P/S : Thank u kerana sudi singgah blog cilik yang saya promot tu. Ibunya sangat gembira kerna beliau juga pembaca setia blog Kak Ida..

    ReplyDelete
  2. bila melancong ...duit dah perkara ke2... yang penting layanan ...dan hati tak sakit ...

    ReplyDelete
  3. Aziela,
    bukan selalu jalan...sekali-sekala...kkida setuju dengan hb aziela...no money no talk...:)

    nanti kkida akan tulis mengenai blog anak yg berani tu dan linkkan dari sini...:)

    ReplyDelete
  4. Kkida, saya pun suka sgt dgn cerita travelog kkida.. Sebelum ni saya mcm tak berapa suka nk melancong ke negara org, tp pengaruh cerita kkida ni buat saya X sabar tunggu anak2 beaar senang sikit nk berjalan. Thanks kkida.

    ReplyDelete
  5. Umi,
    better tunggu anak besar...letih bawa budak kecik jalan...:)

    ReplyDelete
  6. Jarang ada orang nak kongsi kisah2 seperti akak ni. Suka baca dan berharap dapat melancong ke sana juga satu hari nanti. Kasihan akak, kena bertukar bilik.. Tentu effect mood bercuti tu.

    ReplyDelete