Wednesday, January 4, 2012

yanchep, lancelin dan pinnacles


Salam dan selamat pagi....terutama kepada cikgu-cikgi....lama bercuti....kini bertugas kembali....dan pagi ini juga mak-mak, ayah-ayah, nenek-nenek, atuk-atuk pasti sibuk melayan kerenah anak-anak dan cucu-cucu....sesi persekolah telah bermula....samalah dengan kkida....bangun pagi sediakan sarapan ala kadar....jam 7.15 dah berada atas jalanraya....menguruskan kemasukan atmam ke tingkatan satu...:)

sebelum tiba ke rumah singgah jap kat kedai runcit berhampiran....beli apa yang perlu untuk masak tengahari ini....oleh kerana masih awal lagi....kkida relax jap....lalu jengah ke sini....

nak sambung sikit lagi cerita perjalanan kkida tempoh hari....harap masih ada yang sudi membacanya...
kkida skip cerita hari ketiga kerana hari tersebut tiada aktiviti menarik selain melangut di beberapa buah shopping mall seperti harbour town, london court dan hay street mall....perjalanan hari keempat lebih interesting...sebuah perjalanan yang penuh dengan pengalaman, ilmu, keindahan, rasa takjub dan rasa kagum dengan bumi ciptaan Illahi yang membuatkan kkida berbisik dalam hati...."hebat dan indahnya alam ciptaan MU ini....bertuahnya makhluk yang mendiami bumi ini"....pada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tempat ini pasti mengerti dengan apa yang kkida maksudkan...


keluar rumah seawal jam 8 pagi....dengan berpandukan garmin yang memang sangat berguna untuk traveller seperti kami (sepanjang 10 hari, kkida sekeluarga drive kenderaan sendirian tanpa tour guide...free and easy...:)....nasib baik ada anak yang bijak dalam hal-hal berkaitan dengan benda-benda cam ni...semua destinasi yang nak di lawati kkida dah suruh dia program ke dalam garmin sejak dari KL lagi...

oleh kerana hari tersebut adalah hari cuti krismas....kenderaan kami meluncur laju atas highway...jalan kita yang punya...jarang sekali kami berselisih dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan....destinasi pertama pagi itu ialah Yanchep National Park....kat Australia ni banyak hutan simpan atau national park ....yelah negerinye besar....ada sesetengah tempat tu mungkin belum pernah diterokai...


Yanchep national park adalah sebuah taman/hutan yang cantik...kangaroo, itik, burung-burung, koala dibiarkan lepas bebas tanpa di kandang...mereka tidak takut kepada manusia....amat jinak...

ketika kkida tiba di park tersebut, terdapat beberapa keluarga tempatan lepak-lepak dan berkelah dalam cuaca sejuk/panas pagi yang nyaman....memang rasa tenang sungguh berada di situ....kangaroo berkeliaran dan melompat-lompat kesana kemari....begitu juga dengan berbagai jenis haiwan lain....


...apa yang lebih menarik lagi...pokok-pokok dan rimba di sekeliling taman ini sangat berlainan dan aneh pada kita pelancung asing....yelah kat malaysia mana ada pokok camnikan...menarik sungguh...taman ini di jaga dengan rapi dan bersih walaupun lokasinya di tengah hutan...alangkah bahagianya jika selalu dapat kemari...kkida terbayang bagaimanakah agaknya jika tiba musim bunga...pasti taman rimba ini dipenuhi dengan bunga-bunga liar yang berwarna-warni....mungkin satu hari nanti jika ada rezki, kkida ingin kemari lagi pada musin bunga...

selepas berlegar lebih sejam di yanchep national park....kami meneruskan perjalanan ke utara...iaitu ke pekan kecil lancelin...tujuan utama pada hari tersebut adalah untuk ke pinnacles yang terletak lebih kurang 200km ke utara perth...since tempat-tempat ini terletak antara perth dan pinnacles dan hari pun masih awal lagi....rugi pula rasanya jika kami tak singgah...


lebih kurang jam 11 pagi kkida tiba di lancelin...terpegun melihat lautan dan pantai di pekan kecil ini...masya'allah...cantiknya...tak dapat nak dihuraikan dengan perkataan....jika anda berpeluang lawatilah tempat ini...pekan lancelin lebih kurang seperti cherating di trengganu/pahang...

pasirnya putih bersih dan laut lepasnya membiru...ketika itu pula angin sejuk bertiup kencang dari arah laut....walau pun matahari kelihatan terik di langit tetapi sebenarnya kkida langsung tak terasa panas...:)
oleh kerana jam dah hampir pukul 12 dan perut pun dah berasa lapar...kami mencari lokasi yang sesuai untuk berkelah di tepi laut...dato' burn call suruh kami cari sebuah lokasi yang memang di khaskan untuk berkelah di mana terdapat wakaf dan tandas awam...cari punya cari...akhirnya kami berjumpa dengan lokasi  tersebut...thanks to dato' burn...memang bestlah tempat tu...bersih, terdapat pokok-pokok yang rendang dan memang sesuai untuk lepak-lepak...


apa lagi...tikar dibentang dan makanan bekalan dari rumah yang kkida masak seawal jam 5 pagi di keluarkan...seronoknya berkelah...lama dah tak makan-makan tepi laut...akhir sekali berkelah ketika ke rumah my sis di kuantan....kami berkelah di tanjung sepat...


pagi tu kkida masak curry ayam dengan ubi kentang...telur rebus dan sambal ikan bilis brahim...syioknya makan....laju aje masing-masing....buah-buahan pun banyak...


bila perut dah kenyang...mulalah ada yang terlentang dan terbaring camni...heheee....anak bongsu kkida...atmam...


relax jap lepas kekenyangan....menghirup udara segar...


lepas makan kami ke satu kawasan desert untuk melihat orang melucur atas pasir menggunakan surfboard khas yang boleh di sewa....kkida tanya juga anak-anak jika mereka nak cuba....tapi tiada yang berminat....oleh itu kami hanya nengok aje orang lain bermain...


sejam lebih di lancelin...kami meneruskan perjalanan ke pinnacles yang terletak lebih kurang 70km ke utara lancelin....perjalanan mengambil masa kurang dari satu jam jika tak singgah mana-mana...


setibanya di pinnacles dan tatkala kkida terpandang saje bentuk muka bumi gurun tersebut....rasa terkedu sekejap...Ya Allah...peliknya tempat ini...kkida merasakan seolah berada di sebuah planet asing...terus turun dari kereta dan menerpa kearah busut-busut yang timbul dari muka bumi....gosok dengan tapak tangan untuk merasa sendiri texturenya....apa kebenda sebenarnya ini...ia bukanlah jenis batu yang keras dan terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz...kawasannya luas dan saujana mata memandang...ada yang kata kawasan tersebut mungkin dasar lautan jutaan tahun lalu....mungkin juga kerana terdapat fosil atau karangan laut yang melekat pada batu-batan tersebut...


lama juga kami berlegar disitu...hampir 2 jam...terasa berat hati nak meninggalkan tempat tersebut....ntah bilalah lagi dapat kkida jejakkan kaki ke gurun pinnacles!...huhu....

hampir jam 3 kami bergerak meninggalkan pinnacles...harus tiba ke perth sebelum hari gelap....memandu dalam kegelapan sepanjang jalan ini memang tidak di galakkan disana....keadaan jalan yang gelita dan sunyi agak bahaya di waktu malam....dikuatiri kami bertembung dengan kangaroo liar yang tiba-tiba saje muncul depan kereta...sepanjang perjalanan memang banyak kami temui kangaroo yang bergelimpangan di tengah jalan...mati di langgar oleh kenderaan yang di pandu laju...macam kita kat malaysialah...anjing dan kucing yang banyak menjadi korban jalanraya selain manusia...:-()

dalam perjalanan pulang kkida sempat rakamkan pemandangan ini....gunung pasir yang terletak di tengah-tengah kawasan pokok renek yang luasnya beribu hektar, saujana mata memandang...cuba perhatikan pasir tersebut...berterbangan di tiup angin kuat hingga terasa pada muka dan masuk ke mata....


tatkala menghampiri bandaraya perth...pemandangannya betukar kepada yang lebih friendly lagi...padang-padang rumput kering yang luas terbentang...lembu-lembu dan kambing-kambing dengan happy meragut rumput sambil mudik kehulu kehilir...gemuk-gemuk pula tu....itulah sebabnya daging lembu/kambing australia sangat berkualiti...free-range beef ....dan jika kat tesco tu regenya jauh berbeza dengan indian beef atau local beef....dagingnya lebih pejal dan lebih juicy lagi....ini mungkin disebabkan cara pemeliharannya yang lebih sistematik....

kkida tiba di perth dah petang....hampir jam 5, tapi sempat lagi ke mirrabooka square untuk beli stock makanan bagi hari-hari seterusnya....:)....hari kelima keenam dan ketujuh adalah lebih adventurous lagi...:)

wbp...trip pada hari natal tersebut adalah yang paling bermakna sekali dalam 10 hari perjalanan kkida ke bumi western australia ini...menyaksikan keindahan bumi Allah swt yang sangat indah dan sangat hebat itu...:)))

2 comments: