Tuesday, January 24, 2012

sungai lembing yang terasing...

assalamualaikum,
kkida dah sampai rumah....:)...letih bercampur happy....dan juga sedih....sedih kerana  tragedi yang menimpa dua beradik di pantai sepat kelmarin....memang ajal maut ditangan tuhan....tapi sebagai manusia rasa kekesalan pasti ada....terutama kaum keluarga terdekat mangsa....

pada pagi hari kejadian, anak dan anak saudara kkida juga mandi dan bermain di tepi pantai sepat...tapi tidaklah ditempat berlakunya kejadian....sebelah pagi ombak memang tak kuat...tak taulah pula lewat petang kerana sekitar jam 2 kkida berada berhampiran sangat dengan tempat kejadian (sebelum berlaku kejadian lemas)...dan ketika itu memang orang ramai sedang berkelah dan bersantai di sepanjang pantai tersebut...

kepada keluarga mangsa kkida ucapkan takziah...nak buat macam mana....Allah swt lebih sayangkan mereka berbanding kita...
pagi semalam pula hubby ajak ke pekan sungai lembing....since my sis kata tempat tu cantik kkida pun nak le tengok...yelah....kkida cuma tau sungai lembing tu bekas lombong bijeh timah...dan pekan yang terletak jauh ke dalam hutan...pekan ulu...hehe...

tapi semalam sepanjang perjalanan dari kuantan ke sungai lembing kkida impres betul dengan pemandangan gunung-ganang yang menghijau....nyaman sungguh...dan bila kenderaan memasuki pekan kecil sungai lembing....terpegun juga kkida....ish! nice place....tenang....sedentari....tiada hiruk pikuk....dan masih banyak kedai dan rumah tradisi dipelihara dengan baik...cantik....tak rugi luangkan masa 2,3 jam kat situ semalam....
ada homestay tau....:)
sempat ke muzium sungai lembing....melihat sejarah perlombongan bijeh....bangunan lama yang diubahsuai...
tapi tulah....takda eskalator disediakan...hehe...jenuh juga menapak naik...nasib baik boleh sampai keatas..:()
pemandangan dari atas bukit...lokasi muzium....nampak sungai tu tak? tapi nama sungai tu bukan sungai lembing yek!
bekas tapak pemprosesan bijeh...
sempat singgah menjamu selera kat food court berhampiran pejabat pentadbiran sungai lembing...
sekali sekala menjengah ke tempat macam ni memang baguslah...terutamanya buat anak-anak kkida sendiri....depa ni memang tak mau angkat tahu kecuali kita yang bagi tau...selama hari ni yang depa tahu KLCC dan travel oversea aje....hehe....depa tak tau bahawa sanya banyak lagi tempat-tempat menarik dalam negeri sendiri yang masih belum mereka lihat dan hayati keindahannya...so tahun ni nampaknya kkida banyak cuti-cuti malaysia le....:)

berbalik kepada cerita sungai lembing tadi...memang kkida salutelah pada mereka-mereka yang masih terus tinggal dan terus pelihara kesan sejarah pekan tersebut...dan bagi kalian yang belum pernah sampai ke sungai lembing...lencunglah sikit dari laluan utama jika anda lalu berhampiran pekan tersebut....bawa anak-anak kita yang blurrr sangat-sangat bila sebut nama 'sungai lembing' tu...macam anak-anak kkida...:D

"kat mana sungai lembing?...ada apa kat sungai lembing tu?...apasal nama dia sungai lembing?"...dan banyak lagilah tanda soalnya....

1 comment:

  1. salam k ida..eh k.ida ada pantai sepat dalam kul 2, saya pun piknik ngan family time 2 tu..sempat tak nampak org dapat pancing pari besar?

    apa2 pun sy turut bersimpati dgn apa yg terjadi pada keluarga mangsa..

    sg lembing catat memori pasa sy..adik, sepupu lemas dan 2 org yg menolong di situ..alhamdulilah Allah pjgkan lagi umur mereka...nauzubillahiminzalik...!jgn disangka air yg cetek, tak boleh lemas..huhu

    ReplyDelete