Monday, September 28, 2020

Sambal Udang Kering


Sedapnye, sambal udang kering makan dengan roti atau biskut atau dengan pulut dan kelapa....sangatlah..ummmmp....:)


Bahan-bahan yang kkida guna untuk sambal udang kering adalah:

1 cawan udang kering....good quality

1/2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

3 - 4 sudu besar cili blender

1 sudu besar asam jawa

gula, garam dan perisa secukupnya


Cara untuk buat sambal:

Rendam udang kering dalam air panas termos selama 20 minit atau hingga udang kembang dan hilang baunya...tos kering-kering dan tumbuk hingga lumat...

Bawang besar di hiris/cincang halus....ketepikan

Bawang putih cincang halus...ketepikan

Campurkan sedikit air dengan asam jawa

Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi....masukkan cili blender dan kacau hingga pecah minyak dan cili garing...

Masukkan udang kering tadi dan kacau rata....tambahkan minyak jika perlu...

Masukkan asam air asam jawa, garam, perisa dan gula secukupnya....kacau hingga garing dan kering...lebih kurang 10 minit...

Angkat dan sejukkan....rasanya haruslah sedikit masin, manis, pedas....sesuai sebagai sandwich spread...sapukan butter pada roti...susun sedikit timun yang dihiris nipis dan sapukan sambal udang kering....hmmmm....memang sedap..:)

(repost from 2012)

6 comments:

  1. Salam Kak Ida, saya dah vote utk akak..harap akak akan menang ya..nanti saya buat posting special to promote blog Kak Ida@ 1001 resepi...muahhh

    ReplyDelete
  2. saya org yang ke 71 vote kkida... sy pon support kkida menang.. dr blog kkida sy belajar masak untuk suami sy pada hari pertama kami kahwin (almaklum pegang pen bertahun-tahun)...

    sayang kkida

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak melelh air liur tengok sambal udang kering tu..boleh cuba ni. thanks for the recipe :))

    ReplyDelete
  4. kiky...terima kasih...suka kkida dengar bahawa blog kkida ni memberikan manafaat kepada anda...:)

    thanks again kerana vote blog ni dan kkida luv you too....:)

    ReplyDelete
  5. Lily...sama-sama...dah vote utk kkida ke?

    ReplyDelete