Monday, January 2, 2012

perth....day 1


salam,
isnin....kepala kepada tujuh hari berikutnya bagi kkida....permulaan minggu....hari yang menentukan aktiviti untuk hari-hari seterusnya...dan pagi ini kkida memulakan rutin biasa....iaitu ke tesco...banyak barang dapur dah kosong...tapi kat tesco pun banyak barang yang kosong...cili merah pun takda hari ni....ngapalah dengan tesco ni...dari hari ke hari kkida rasakan semakin teruk servisnya...tulah sebabnya sekali sekala kkida suka ke cold storage atau jaya grocer kerana kat sana barangan lebih fresh lagi dan berkualiti walaupun mahal sikit...

sebelum kkida masuk ke dapor untuk masak makan tengahari...kkida nak share beberapa keping photos dan cerita hari pertama kkida di sana (perth)...

kami tiba di Perth International Airport jam 3.20 petang hari khamis 22 december....no delay....bagus ye mr airasia...:)

selepas melepasi pemeriksaan imigresen yang agak strict, ambil luggage...kemudian kebahagian pemeriksaan kastam kerana kkida bawa banyak makanan....jadi kenalah declare...dan alhamdulillah...setelah kkida jampi serapah dan hembus ke muka pakcik kastam yang sangat friendly itu (pandai bahasa melayu lagi...:)...maka semua barangan makanan yang kkida bawa lepassss...:)

....dan dengan senang hatinya...kkida sekeluarga terus menuju ke entrance, i.e. pintu masuk utama ke bandaraya perth dan western australia....dan seperti yang di janjikan...dato' haji abu bakar atau dato' burn dan puan yasmin (bukan isteri dato' burn tau...hehe....lupa pula nak bergambar dengan yasmin) telah menunggu ketibaan kami dengan senyuman yang lebar....'WELCOME TO PERTH'

aturcara pertama dato' burn untuk kami sekeluarga ialah....bergambar berlatar belakangkan perth international airport....hehe.....tapi memang itulah sepatutnya....kalau tak nanti tiada pula bukti yang kita ni gi perth....:)))


oleh kerana tamu dato' burn kali ini agak ramai (untuk sebuah keluarga) dan begnya pun tak sikit....maka kami dijemput dengan dua kereta...kkida, hani dan eka naik kereta dengan yasmin dan hubby and the boys dengan dato' burn...


kkida nak cerita sikit mengenai yasmin (nasib gak ada photo ni...dari belakang pun takpalah ye yasmin...)....ibu yasmin orang malaysia dan bapanya mat saleh australia....yasmin pernah bersekolah menengah di malaysia sebelum kembali semula ke australia....berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak yang telah dewasa....beliau mengajar di sebuah sekolah menengah di perth dan tatkala cuti sekolah panjang seperti ini dan tatkala ramai tetamu dari malaysia datang bercuti ke perth...beliau berganding bahu bersama dato' burn melayan orang-orang seperti kkida sekeluarga ini....hehe....

sambung balik cerita kkida dari awal tadi...since hari pun dah petang dan kedai kat perth tutup jam 5...sebelum ke tempat penginapan, kkida minta dato' burn bawa kami ke kedai yang menjual lauk-pauk dan barang runcit dahulu...kami ke Mirrabooka Square dimana terdapat Meat Giants, Woolworths dan Mirrabooka fresh produce....bestnye....tak susah orang islam perth nak makan....makanan berasaskan ayam dan daging halal mudah di dapati dan lebih berkualiti, variety dan fresh lagi berbanding kat tempat kkida....tesco pun takda macam ni....


the sausages very cheap here compare to.......A$8 per kilo....berlambak....dan memang sedap....fresh meat...menyenangkan kerja kkida....beli sekilo boleh makan 2 kali....apa lagi....:)


yang ni pula daging dan ayam yang telah di marinade....


handsome abang penjual daging ni...mereka amat friendly dan tidak sombong...melayan pelanggan dengan happynya...


sayur segar...Mirrabooka Fresh Produce...


macam kat tesco gak rasanya....hehe...


sebelah meat giants terdapat kedai jual makanan laut...

kakida jengah ke situ...wbp, bila kkida tengok ikannya tak jauh beza macam kat kedai runcit norhayati...tak jadi le kkida nak beli....lagi pun tak kuasa kkida nak menyiangnya dan memang ingat dari malaysia lagi kkida nak makan fish and chips sepuasnya bila datang perth ni...maka tak payah le kita beli dan masak seafood sendiri ye tak!


bawah...woolworths supermarket...susu, juice, roti, minyak, dll...beli dari sini...


selepas mirrabooka square, kami ke satu lagi supermarket...iaitu nguyen phat....dari namanya kkida pasti anda tahu bangsa tuan empunya supermarket ni....orang vietnam...sepermarket ini khas untuk orang-orang sekulit dengan kkida....:)


cuba perhatikan harga cili ni...berapa sekilo?


rempah-ratus...tengok je...


garam....elemen penting sekali dalam masakan...maka kkida beli le satu yang paling kecil sekali...


tepung untuk para baker's...


instant pancake...yang ni pun senang untuk breakfast...kat KL pun banyak!


sebelum ke perth, isteri dato' burn, Illa ada beritahu kat kkida yang beras kat perth sedap...maka itu lah yang kkida cari bila sampai kat kedai Nguyen's ni...


hubby kkida tak peduli apa yang kkida nak shopping untuk dinner dan lunch...yang penting pada dia kacang-kacang ni sedap dan harganya lebih-kurang sama dengan kat malaysia....maka di borongnya beberapa peket....bukan nak bawa balik, tapi nak makan sepanjang 10 hari tersebut...

selepas shopping mana yang perlu...kami menuju ke rumah penginapan....rumah 3 bilik lengkap dengan dapor, oven, microwave, aircon, tv...ada makanan lagi dalam pantri dan fridge....terima kasih to dato' burn....:)))


atas...suria cafe...authentic malay food...terletak bersebelahan dengan nguyens supermarket...tapi since datang ke negeri orang putih dan kkida tak teringat pun nak makan sambal belacan...maka tak teringinlah pula kkida nak makan kat cafe ni....:D

dan malam pertama di perth...anak-anak kkida dinner sausage dengan nasi putih yang sedap...telur dadar, dan sardin yang di impot dari malaysia...Alhamdulillah...lepas kekenyangan kami berehat menanti hari esok...perjalanan yang pastinya lebih berwarna-warni lagi....hehe...


nantikan entri kkida untuk hari kedua, ketiga dan seterusnya....:)
banyak lagi gambar dan cerita-ceriti yang kkida nak kongsi dengan anda....

13 comments:

  1. salam kkida ..
    bestnya tengok gambar2 tu semua :))

    ReplyDelete
  2. salam kak ida
    amboi seronoknya jalan makan angin..
    Selamat tahun baru kak...

    ReplyDelete
  3. salam ezzah,
    selamat tahun baru...thanks...

    ReplyDelete
  4. kkida, Suria cafe tu kedai kwn i, her mother inlaw yg cook. She's from Malaysia.

    ReplyDelete
  5. As-Salam kak ida. Saya nurul 1 of your silent reader. Seronok tgk journey kak iida ke Perth. Kalau Ada rezeki kami akan kje sana may nanti. Accommodation blm decide lagii tapi dah Ada few in the list. Blh Tanya kak ida's apartment kat mana ek? Nurul nak be sure apartment nantii Ada dryer sbb tak nak bawa baju byk:)

    ReplyDelete
  6. Nurul,
    cuba tengok City Stay apartment...kkida tengok lokasinya bagus dan harga pun reasonable...good public transport dan dekat dengan Perth Harbour Town...lagi satu goodearth hotel...yang ni pun ramai malaysian suka sewa jika ke perth...booking.com

    ReplyDelete
  7. Thank you kak ida....tadii tgk Ada lagi posting kkak Ida ni yg buat nurul teruja ni hehehe. May nanti kak Ida nak ke mana pulak? Nurul dah pernah sampai ke gold coast/briisbane/syd/melb so Kira yg Perth ni org kata a bit laid back,..tak pelah blh tukar angin tgk cara hiidup dia org pulak;)

    ReplyDelete
  8. Insyaallah, may kkida nak gi sydney dengan my 2 daughters....jalan relax2 aje...sewa kereta dan vrooom sana sini 3 beranak...:)

    ReplyDelete
  9. sydney bestttt...cantik very vibrant city. kak ida jgn miss pegi all the touristy spots tau :). nurul harap trip ke perth ni tak memboringkan anak2 sbb depa kecik lagi kang bosan lak tak da amusement park..hehehe. ada 1 tu adventure world tak silap dia tutup lak in may due to weather condition...isshh wrong timing betullah

    ReplyDelete
  10. kakida!seronok baca cte kak ida..coz i pon just blk dr perth!! tp mirabooka tu x gi.. nak baca day lain plak! :)

    ReplyDelete
  11. assalam..seronok saya membaca..terima kasih..tapi saya nak mintak tolong..boleh saya tahu rumah penginapan saudari di mana ye?..sebab saya bakal berangkat ke perth awal tahun hadapan..tetapi masih mencari rumah untuk disewa di perth..

    ReplyDelete
  12. salam..
    kkida... boleh saya dapatkan conct number dato burn??
    email kak kalau tidak keberatan
    izlanizwali@gmail.com

    ReplyDelete