Sunday, January 1, 2012

penat dan gembira....selamat menyambut tahun baru 2012

salam kepada sahabat dan rakan-rakan yang di kasihi...

kkida selamat menjejakkan kaki di bumi tercinta malaysia ini tepat jam 10.30pm malam tadi setelah bercuti selama 10 hari di bumi australia....perth....

memang seronok bercuti di negara yang saujana mata memandang, yang mempunyai pantai yang putih bersih dan lautan biru yang terbentang luas....udara yang nyaman....pemandu-pemandu yang berhemah, tiada mat rempit dan mat motor yang berlumba-lumba di jalan raya...tiada kesesakan lalu lintas samada di bandar atau di pinggir bandar...pasaraya yang tidak sesak dengan orang ramai dan tiada q yang panjang berjela....buah dan sayur segar yang bermacam rupa dan rasa, cheese yang pelbagai jenis dan murah....pastri, roti, kek dan banyak lagi makanan dan bahan masakan yang membuatkan kkida syiok sangat-sangat....rasa nak dok kat sana terus.....hehe....

tetapi....hanya satu....walau sehebat mana negara orang....hati kkida amat teruja dan happy sesangat bila pesawat airasia selamat menjejakkan rodanya dilandasan LCCT....syukur alhamdulillah....ini rumah kkida dan disinilah hati kkida sebenarnya....kat sana tiada warung teh tarik dan roti canai, tiada mee rebus dan laksa penang yang sedap....

oleh itu....berjalan hanyalah untuk luaskan pandangan dan menambah pengalaman hidup....melihat dan menghayati bumi ciptaan Illahi yang indah ini....

sempena hari yang baru ini...kkida ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012....semuga rezki kita dimurahkan, kesihatan yang baik dan mampu melalui kehidupan yang di redhai oleh NYA

4 comments:

  1. Selamat thn baru kkikda...betul ckp kkida..now saya merindui roti canai, teh tarik, char keow tiaw, tiada lagi lepak2 kedai mamak lepas pi jogging pagi2 mcm kat m'sia..walau best mcm mana pun bumi jepun ni, saya tetap rindukan tanah air saya nih...:((

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali...suke tgk photo kkida n family ceria...

    ReplyDelete
  3. thanks ella...kalau kat bumi jepun kkida rasa lagilah takda malay food kot...tapi itulah pengalaman hidup di perantauan...:)

    ReplyDelete
  4. sripekan
    tima kasih...kkida sekeluarga always ceria...hehe...

    ReplyDelete