Monday, November 28, 2011

welcome to hangzhou

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....kkida selamat pergi dan kembali dari kembara 5 hari ke negeri China...khasnya ke Hangzhou, Suzhou dan Shanghai....5 hari memang terasa pack sangat itenarinya...tak cukup masa untuk lawati banyak tempat yang menarik dan letih kerana sentiasa on the road....keluar seawal 8.30 pagi dan balik ke hotel paling awal jam 9 malam....dan kkida memang tak berkesempatan nak online sepanjang 5 hari tersebut kerana pertama memang letih dan tiada masa, kedua line internet memang tak bagus disana...

wbp....kkida happy kerana cita-cita nak menjejakkan kaki ke tanah besar china yang penduduknya melebihi 1.3 billion itu tercapai jua....dalam masa 5 hari disana banyak yang kkida saksikan....orangnya, lifestyle mereka, makanan, pemandangan, seni, landskap, di antara tradisi dan moden, sikap dan lain-lain...untuk beberapa entri akan datang ni kkida akan share photos (tak semestinya makanan ye) dan cerita-ceriti pengalaman yang kkida alami sepanjang di sana...rugi rasanya jika kkida simpan untuk diri sendiri....mungkin satu hari nanti jika ada rezki anda juga (mana yang belum pergi) boleh menjejakkan kaki ke negara yang punya jumlah penduduk islam melebihi 70 juta orang tersebut....

photo atas: seorang gadis muslim di restoran pertama yang kkida makan pada hari pertama kami tiba (Hangzhou)...

photo bawah: most important food yang kkida nak share dengan anda adalah makanan ruji mereka/kita juga iaitu nasi...kualitinya jauh berbeza....sedap...seperti pulut pun ada atau pun semata-mata beras wangi...tinggi kandungan kanjinya....memang jauh berkualiti berbanding beras biasa yang kita makan setiap hari...
dan bawah ni pula...hehe....tak sabar kkida nak share dengan anda....cara mereka goreng kacang panjang....bila di hidang je kat meja...menganga mulut kkida...wow! interesting sungguh....yelah dah namanya pun kacang panjang...buat apa nak potong pendek-pendek....goreng je panjang-panjang macam ni...dengan bawang putihnye seketul-seketul.....:)

but most of the food memang makanan bergoreng....nanti kkida akan share bepuloh lagi gambar makanan yang sempat kkida ambik...tunggguuuu............:)

4 comments:

  1. Selamat bersiaran kembali Kak Ida..wahhh part kacang panjang tu saya suka tengok..sungguh berbeza eikkk, satu kelainan!

    ReplyDelete
  2. btl jg kan kak..dah nma kcg pnjg..msk pun panjang2 jg le..heheh

    ReplyDelete
  3. Wah! KKida melancong jauh :)

    I like Chinese foods ;-)

    ReplyDelete
  4. ixora,
    miss blogging lah kalau gi jauh...

    sri,
    betul tu...:)

    OO,
    sekali-sekala jalan...

    ReplyDelete