Wednesday, November 30, 2011

Uighurs and China's Xinjiang Region

sebelum kkida teruskan dengan photos makanan dan cerita makan-makan kkida nak selitkan cerita mengenai wanita ethnic Uighurs ini...

ketika jalan-jalan sekitar china town di Shanghai (ada china town kat negeri china?)...terlihat akan kelibat wanita ini yang meniaga satay di tepi jalan...teringin nak rasa sataynya yang nampak sedap...sambil menunggu satay di bakar, eka sempat snap beberapa keping photo ini....

Uighurs adalah sebuah ethnic minority yang beragama islam di daerah Xinjiang, China....kkida mencari-cari sejarah/cerita kesah masyarakat ini yang di ditindas hebat dan terjumpa akan link ini....

jika anda ingin tahu lebih lanjut kepayahan yang di lalui oleh masyarakat ini...bacalah link diatas...memang kelihatannya amat susah kehidupan wanita ini....mencari nafkah di tepi jalan mungkin untuk sesuap nasi...
sambil wanita tersebut membakar dan menjual satay, ibunya mengendong anaknya yang masih baby lagi...lihatlah ruang tempat duduk si ibu tersebut...ntah menumpang di tempat siapa....
nenek tolong tengok cucu semendara
ibunya bakar sate
kkida masukkan cerita ini sebagai entri adalah sebagai tanda simpati kkida sebagai seorang islam kepada masyarakat islam yang lain yang di tindas hanya kerana agama mereka....
sate mereka sedap....
satay kambingnya memang sangat sedap...kena belajar cara mereka marinade satay ini dan bagaimana ia menjadi sangat lembut dan tak liat langsung....
apakah nasib masyarakat ini seterusnya? ....kita hanya boleh berharap agar mereka tidak terus ditindas...

Alhamdulillah...terasa bahawa diri ini lebih bertuah kerana dilahirkan di Tanah Melayu....tidak perlu melalui kepayahan seperti wanita tersebut....;)

Saya telah delete link-link yang saya share sebelum ini berkaitan penindasan masyarakat muslim di sana....jika anda ingin tahu lebih lanjut boleh google sahaja...jika ada rezki saya ingin ziarah saudara seagama kita di sana, InsyaAllah.

3 comments:

  1. Salam kak ida...kita serupa lah mudah rasa simpati melihat kepayahan orang lain...syukur dengan apa yang kita ada..amin

    ReplyDelete
  2. ASSALAM KAK..SY SERING MENGINGATI DIRI SENDIRI DAN ANAK2 KALAU KITA SUSAH ADA LAGI ORG LAIN YG LEBIH SUSAH.... TGK SENDIRI KEHIDUPAN SEDARA SEISLAM KITA DI CHINA DAN NEGARA LAIN TU SELALU TERTINDAS TAPI KITA KAT BUMI BERTUAH NI WALAU SUSAH MASIH CUKUP MAKAN DAN PAKAI MALAH RAMAI YG DTG MEMBANTU.

    ReplyDelete