Tuesday, November 29, 2011

pencarian JUARA RESEPI SRI KULAI

salam,
tengahari tadi kkida hadiri majlis pelancaran sebuah lagi program realiti tv terbaru yang akan ke udara awal bulan januari 2012....ia adalah pencarian 3 orang pemenang utama yang berjaya menghasilkan 3 resepi terbaik yang mampu menambat hati penonton tv serta juri profesional yang terdiri dari beberapa chef celebrity terkemuka...

(kkida sempat merakam video persembahan yang menghiburkan ini yang dihasilkan dari ketukan menggunakan chopping board, kuali, periok dan belanga, mangkuk, pisau dll di majlis tadi...:) 

ini adalah pencarian bagi musim kedua oleh syarikat pengeluar produk jenama Sri Kulai dan kali pertama pencarian di lakukan secara realiti (reality show)...rancangan ini adalah hasil kolaborasi antara puan zamzarina zambri...hos rancangan apa kata wanita di tv1, ays sdn bhd...pengeluar produk makanan jenama sri kulai  dan tesco...

jika anda mempunyai resepi tersendiri (your original recipe)...yang sedap dan halal dan boleh di ketengahkan sebagai produk makanan sejuk beku/segera (complete meal) yang hanya perlu di panaskan dalam ketuhar gelombang mikro/microwave...jangan malu-malu dan jangan simpan-simpan...inilah masanya untuk anda kongsikan resepi anda...buat apa nak simpan sendiri-sendiri jika resepi anda itu mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada anda...:)

jika anda menjadi 3 pemenang utama, resepi anda akan di hasilkan dalam bentuk ready-to-eat meals dan akan berada di rak-rak tesco...dengan wajah anda yang comel itu terpamer pada kotak packaging sri kulai....hmmm...pasti hebatkan....dan pasti anda terus fofular selepas itu.....hehe...
pada upacara pelancaran tadi ceo ays sdn bhd, mr liow ren jan (pengeluar produk sri kulai) memberikan sedikit ucapan aluan kepada pihak media dll....(kkida suka sekali bila beliau datang berbual panjang dengan kami para blogger dan media bertanyakan tentang produk sri kulai...:)
zamzarina adalah hos rancangan apa kata wanita di tv1 yang juga akan menjadi mengendalikan rancangan 'juara resepi sri kulai'
sesi soal jawab dengan media...
perasmian outlet Sri Kulai di KL City Walk....
selesai majlis pelancaran kami di jamu dengan lunch yang sedap ini....produk sri kulai....dan ini adalah antara pilihan kkida dan eka (my assistant....hehe)....honestly...kkida suka kedua-duanya....very tasty...
black pepper steak....yum yum....
pemenang pencarian resepi terhebat musim pertama tahun lalu....
dessert ni bukan produk sri kulai ye....:)

apa lagi....jika anda punya resepi terbaik dan mampu menambat hati penonton dan juri dan berminat menyertai rancangan realiti seperti ini....jangan segan silu...inilah masanya anda menunjukkan bakat anda dalam bidang masakan....audition akan di adakan di beberapa cawangan tesco...antaranya:

03 dec - tesco extra shah alam (bulatan kayangan)
10 dec - tesco extra puchong
17 dec - tesco extra kajang
24 dec - tesco extra shah alam (berhampiran stadium)
31 dec - tesco semenyih....

dan di 6 buah tesco lagi pada bulan januari dan februari 2012....dapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini di  www.ays.com.my

No comments:

Post a Comment