Wednesday, November 16, 2011

myChef - the NEW gourmet experience...simply delicious...

salam,
hari ni sebelum kkida memulakan aktiviti yang agak pack jugalah....kkida nak share beberapa keping photo semalam....photos majlis pelancaran makanan sedia hidang MyChef yang akan berada di pasaran awal bulan depan....Insyaallah...
memang rasa besar hati kerana dijemput ke majlis seperti ini....dapat melihat dari dekat beberapa public figure yang memang terkenal dalam dunia masakan....kkida tak ambil gambar dengan mereka pun....kita ni bukannya orang terkenal....hanya reporter yang tak rasmi, seganlah pula rasanya....hehe...
kkida suka gambar atas ni....
kkida pasti anda kenal pasangan yang berdiri tengah-tengah tu...sebelah chef florence dan chef liza....i.e. datuk seri effendi norwawi dan datin seri tiara jaquelina....apa kaitan mereka dengan product MyChef?

....ok!....kkida ni tak pandai nak cakap dalam bahasa korporat....tapi dalam bahasa biasa dan pada pemahaman kkida company ini depa yang punya....dalam lain perkataan mereka adalah empunya syarikat yang mengeluarkan product MyChef ini....hmmm...camtulah lebih kurang....:)
datuk haji chef ismail....baru je pulang dari menunaikan fardhu haji....berseri dan kacak....
merasmikan facebook....likes...
foto atas adalah ketika sesi soal jawab dengan media dan blogger....banyak sangatlah pula pertanyaannya dari orang-orang media ini....hmmm....dah memang itu kerja mereka....tujuan adalah untuk dapatkan info yang betul sebelum menulis untuk suratkhabar, majalah atau blog....kkida tak tanya apa-apa pun...hanya mendengar sahaja dan take note mana-mana info yang berkaitan...:D

since ini adalah product makanan, maka sebaiknya public diberitahu dengan jelas dan nyata....takut ada yang mushkil pula nanti...jika product bukan makanan memang mudah...tak perlu banyak cerita...kerana ia boleh di lihat dengan mata kasar bagi memastikan kualiti dan sebagainya...

wbp, Insyaallah, jika di beri peluang kepada kkida untuk huraikan dengan lebih terperinci lagi tentang product ini    pasti akan kkida lakukan dengan sebaiknya...:)...apa salahnya kan...itulah gunanya food blogger seperti kkida ni...sekurang-kurangnya kkida dapat salurkan info berguna kepada anda....betul tak?....:)
 chef  ini yang paling ramah sekali....too friendly....i like her....
selesai majlis pelancaran kami di jamu dengan hidangan yang enak-enak belaka...berbagai jenis lauk-pauk, nasi dan pasta....semuanya berjenama MyChef kecuali salad...sejujurnya....i like that pasta very much (chicken spaghetti)....even my dua asistant yang ikut kkida pun suka juga....my eka dan hanilah....sapa lagi....:))) 

satu lagi yang kkida suka banget adalah nasi yang berwarna kuning tu...(butter rice pillaf)...lauk pauk yang lain juga sedap...cuma sebab dah banyak sangat makanan dalam satu pinggan, lidah tu tak dapat nak membezakan....mungkin jika ada kesempatan kkida akan bercerita dengan lebih detail lagi setiap satunya...
kecuali salad....pasta, nasi dan lauk-pauk tersebut adalah product MyChef yang anda boleh perolehi/beli dari beberapa supermarket dan hypermarket ternama tak lama lagi....antaranya adalah ayam pongteh, ayam kalio, butter chicken, beef stroganoff, kari ayam nyonya, brown rice pillaf, semur daging betawi dan banyak lagi...kesemuanya adalah resepi dan sumber inspirasi dari keempat-empat chef tersebut...
en mohd fairuz....orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam project MyChef ini....dia jugalah yang sibuuuukkkkk sesangat dengan kkida ni....mencari hingga ke 'lubang cacing'....terima kasih kepada en fairuz kerana menghargai saya sebagai seorang blogger ceruk dapur...sejujurnya kkida amat hargai usaha anda yang tidak mengenal penat lelah, siang malam....bak kata orang tu hingga tidur tak lena dan mandi tak basah bagi memastikan projek MyChef ini berjaya.....ntri ini kkida tujukan khas kepada en fairuz, semuga anda akan sukses dalam usaha-usaha murni ini...:)

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 48....:)

5 comments:

  1. Kami yang patut berterima kasih kerana KKida sudi datang. Insya'Allah ada beberapa lagi program yang mana kita akan jemput Kkida dan geng2 melawat kilang kami nanti... ya.
    Selagi lagi kami hulurkan ribuan terima kasih kerana menulis entri ini. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. sama-sama...Insyaallah jika tiada halangan kkida akan cuba luangkan masa utk program2 MyChef...

    ReplyDelete
  3. wahh bangganya dapat join program ni. kat mana ni kak? teringin juga nak ikut serta, siapalah kita huhu..

    ReplyDelete
  4. ni dekat kota damansara...product mychef akan di pasaran awal bulan depan...cubalah nanti ye...

    ReplyDelete
  5. Harus cuba..bulan depan ya..sempat kumpul duit ni..hehhe:p

    ReplyDelete