Monday, November 28, 2011

kedai roti di hangzhou

salam,
kkida nak sambung sikit lagi cerita di bumi Hangzhou ini sebelum maghrib....malam nanti (lepas maghrib), Insyaallah kkida nak gi visit my cousin sis Anisah yang masih belum pulih dari sakitnya....beliau masih dalam wad icu...:'(
....lepas our first meal....kami di bawa jalan-jalan sekitar kawasan tourist berhampiran restoran tersebut....terdapat banyak kedai souvenir di situ dan area tersebut memang cantik kerana ia adalah deretan bangunan lama yang di ubah suai dan di penuhi dengan barangan kraf, pakaian, tidbits dsbnya....tempat pelancung juga penduduk tempatan membeli belah dan bersantai bersama keluarga...

kedai roti ini terletak bersebelahan dengan restoran tempat kami makan mula-mula tadi....kkida teringin nak rasa roti depa ni, nampak macam sedap je....so we all pun patah balik ke restoran tadi dan beli beberapa jenis roti....
ia bukanlah roti biasa, tapi ala-ala roti canai gitu....yang atas ni macam roti telur....sedap juga walau pun tak sesedap roti telur kat malaysia....
yang ni roti manis....rasanya slightly sweet dan sedikit gebu...macam bun manis kita kat sini....
roti ni di buat dalam saiz yang besar....kemudian dipotong kecil-kecil dan di jual....
yang sebelah kiri tu ala roti canai....
suasana dalam kedai....
comelkan penjual roti ni....chinese muslim...
sambil jalan sambil ngunyap-ngunyap, tambah pula dalam cuaca sejuk...best....hehe....
ayah n anak tak habis-habis lagi makan....enjoy whole evening together....
kat mana-mana pergi mesti ada restoran burger ni....hmmm....cantikkan bangunan McD ni....bangunan lama...ratusan tahun...

2 comments: