Masakan ringkas dan sedap, kalau ada lauk macam ni, tak perlu dah lauk lain...my feveret...letak bawang banyak-banyak ganti sayur...
Hidangan yang sedap jika kena cara masaknya...
Bahan-bahan
Ikan Tenggiri 2 potong
Cili Hijau 2 biji
Cili padi hijau 5 biji (optional)
Timun 1 biji (oprtional) - Belah 2, buang empulur tengah dan potong panjang
Bawang besar 1 biji (potong bulat)
Bawang putih 3 biji
Bwang merah, 3 biji
Biji sawi
Halia 1 inci
Cuka makan
Hiris kasar bawang besar, halia, cili hijau dan timun....kemudian rendam dalam air dan cuka sikit....biar 15 minit....
Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam dan goreng hingga masak...ketepikan...
Hiris nipis bawang merah, halia dan bawang putih (extra utk tumis)
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang dll hingga kekuningan...
kemudian masukkan bahan rendaman dengan air cuka tadi dengan airnya sekali
(tujuan direndam supaya bahan-bahan tersebut crunchy)
Tambahkan garam dan perisa...biar didih sebentar...
Akhir sekali masukkan ikan goreng....angkat dan hidang panas...
(repost 2011)
Lauk yg memang kak cek suka...sedapnya kalau dapat hirup kuah panas...kalau demam langsung sego badn....
ReplyDeletemasterChef malaysia...exited nak tgk...bila tgk...agak kecewa...memang juri2 agak kaku...tak mesra...rancangan jadi hambar dan tak ceria...ape2pun tetap sokong setiap peserta yang terlibat....bukan senang pun kan...
sy tgk juga master chef malaysia. memang kaku dan xmesra.tp memang bagus utk mereka ikut apa yg dikehendaki..
ReplyDeletelagi info tentang cuka di SIHAT SELALU - Pelbagai Kegunaan Cuka
ReplyDelete