Monday, October 12, 2020

Honey Dew dan Sago Bersantan


Resepi yg simple dan mudah disediakan...bahannya pun tak banyak dan sedang di perolehi...

Untuk resepi ni saya rendam 1 cawan biji sago, rebus air hingga mendidih...masukkan sago yang direndam tadi dan masak hingga ia menjadi lutsinar....saringkan sago, siram dengan air hingga hilang semua kanjinya...bahagikan sago kepada 6 mangkuk kecil...

Santan untuk kuah sago ni tak perlu pekat sangat...santan cair memadai...masukkan beberapa sudu gula putih, garam dan daun pandan...masak hingga santan mendidih dan gula larut...ketepikan, biar sejuk sebelum masukkan ke dalam peti sejuk...

Buah honey dew dipotong cube kecil....masukkan ke dalam mangkuk sago tadi...tuangkan santan sejuk sebelum dihidang...

hmmm....sedapnya rasa, lemak, manis rasa buah...sejuk di tekak...


jom buat!!!
(repost from 2011)

3 comments:

  1. Mmmm.... Sejuk dan nyamaaan... ;)

    ReplyDelete
  2. semestinya menjadi hidangan pembasuh mulut utk my family on this coming 1st ramadan......thanks for the recipe.

    ReplyDelete