Monday, May 16, 2011

singapore trip...USS dan MC

ok ini adalah sesi kutuk mengutuk dan puji memuji yek!

sebenarnya bukanlah nak kutuk apa-apa...cuma kkida nak meluahkan pendapat kkida tentang dua tempat ni yang memang dalam agenda lawatan kkida ke singapore...

pertama USS atau Universal Studio Singapura...ini pendapat kkida mengenai tempat ini...semuga ia boleh jadi sedikit guidelines lah kepada sesiapa yang tergerak hati untuk ketempat ini...

1) masa menunggu untuk satu-satu ride lama sangat...ada sesetengah tu sampai sejam...kkida memang tak naik apa-apa ride yang tonggang terbalik tu...tapi anak-anak kkidalah...punyalah nak naik roller coster hingga sanggup beratur dekat nak sejam...dah tu kita yang menunggu depa ni sampai naik ngantuk, duduk atas bangku keras dalam cuaca panas...

2) sikitnya rides vs ramainya pengunjung....ridesnya memang tak banyak...dalam 10 je kot...tapi manusianya...tak putus-putus...beraturnya sejam, ridesnya 45 saat je...

3) tak banyak rides untuk kanak-kanak below 10...kebanyakkannya sesuai untuk orang dewasa sahaja...dan bukan untuk orang lanjut usia ya...pendapat saya jika ada sesiapa yang bercadang nak ke USS dalam masa terdekat ni...tunggu dulu, pikir habis-habis...especially pada kita orang Malaysialah....rasanya macam tak berbaloi je nak bayar mahal-mahal, tapi tak banyak yang boleh kita enjoy...

4) faktor cuaca juga membuatkan pengunjung tidak selesa...pada pendapat saya tidak sesuai untuk tropikal country adakan outdoor theme park macam USS ni...panas dan hujan yang tidak menentu...walaupun pihak USS cuba untuk sejukkan udara dengan wap air, aircon dan kipas yang banyak merata-rata, tapi mereka memang tak boleh nak lawan haba matahari ciptaan Allah swt...uncomfortable terutama bagi anak-anak kecil dan baby...unlike HK Disneyland dan Paris Disneyland...cuaca kat sana memang sedap dan nyaman...macam dalam aircon...boleh lepak kat mana-mana sambil menunggu anak-anak...

5) personally im not happy dengan bahasa yang mereka guna pakai dalam USS...hanya bahasa inggeris dan bahasa cina...walhal jika difikirkan logiknya, ramai pengunjung adalah dari Malaysia dan Indonesia...even chinese indonesian juga bertutur dalam bahasa indonesia...tak cakap cina pun...bahasa inggeris tu oklah juga, international language...tapi berapa keratlah sangat mat saleh yang datang ke USS tu...nampaknya pihak USS/Singapore ni tak menghargai kawan dan jiran mereka...walhal rasanya pasti mereka amat mengharapkan kunjungan rakyat kedua-dua negara ini ke USS...jika tidak siapa lagi yang mereka harap untuk meramaikan tempat ni....

6) jangan ingat bila dah bayar S$72/person tu anda dah tak payah keluar duit dah...bila enter saja USS area kita kena bayar tol S$7/car...then masa nak keluar we all bayar paking S$25...dalam tu takda yang free...plastik untuk lindung dari basah pun depa charge S$2...makanan, minuman, survenir tak perlulah cakap...my dh kata mereka ni macam sponge...jika boleh depa nak serap duit pengunjung sehingga tepu...

7) jika anda teringin nak berkunjung ke outdoor theme park macam ni...simpan duit bebanyak dan pergi ke negara yang cuacanya dingin...tak berpeluh ketiak menunggu satu-satu ride tu...:)

8) sehingga habis pusing keliling USS, saya tak jumpa signage surau...:-/ ok, sekarang ni kkida nak cerita mengenai sesuatu yang kkida suka sangat about Singapore ni....this place...everytime teringat kat Singapore pasti kkida teringat kat tempat ni...Mustafa Center....ni promo free ni... masa we all ke sini two years ago....hanya ada bangunan ini sahaja....but this time, macam terkejut je tengok akan perubahan tempat ini....beberapa kedai jiran-jiran Mustafa ni dah jadi part of this center....semua depa sapu....besarnya....saiznya hampir sama dengan one utama damansara, new wing...

anda nak cari apa kat MC ni...sebut je....yang takda mak dengan ayah je....kasut branded seperti clark dan nike tu (ori tau) depa susun bertindih-tindih macam takda value...jam omega dan rolex yang berharga ribuan ringgit tu bersusun dalam kaca biasa je, takdalah mereka nak display cantik-cantik macam kat kedai jam yang high class tu...

minyak wangi memang sangat murah kat Mustafa Center (all branded)...depa susun kat rak macam susun minyak baby johnson...oleh kerana keletihan, kkida tak larat nak ambik gambar dan orang pulak ramai sangat...MC ni buka 24 jam....my dh, ajwad dan aiman jadi kerja pergi ke MC ni kul 12 tengah malam untuk avoid orang ramai...tapi macam siang juga, ramainya manusia...depa ronda kat MC hingga jam 3 pagi...banyaklah sangat benda yang nak dishopping...kkida kata tunggulah pagi esok, tapi depa ketegag...nak gi juga...tak sedar masa bila depa pergi dan balik...memang tidor mati malam tu (after balik dari USS)...

tapi apa-apa pun, my interest hanyalah pada food section...barangannya varieti dan banyak pilihan...yang memang sukar nak dapat kat hypermarket kita...especially rempah ratus yang diimpot...kkida berjalan dari hujung ke hujung....dok membelek setiap item yang dijual kat food section ni...seronoknya...kalau orang kaki masak macam kkida ni memang syioklah datang kat tempat macam ni.... dua rak yang penuh dengan berbagai muruku dan kerepek....local and impot.... rak herba dan rempah ratus...kebanyakan diimpot dari India... bersusun minyak olive...bermacam brand... biskut ni banyak kat UK....tapi kat MC pun banyak.... bas pelancung ni pun jadikan center ni sebagai laluan mereka.... btw, kkida dengar cerita...owner of Mustafa Center ni (mungkin namanya Mustafa) adalah seorang tukang kutip besi buruk satu ketika dulu...:0

8 comments:

  1. macam pudar pulak semangat teringin nak pergi USS tu lepas baca postings Kak Ida ni, ishhh kena fikir betul2 ni, macam indah khabar dari rupa pulak...tapi tak tahan baca story Kak Ida bout Mustafa centre tu...ishhhh tergoda dah ni!

    ReplyDelete
  2. kkida cerita apa yang kkida rasa...bukan sengaja nak perlekehkan tempat tu...mahal dan tak setimpal dengan harga yang kita bayar....tapi mustafa center tu memang seronok kalau nak pergi and food kat singapore memang hmmm...:)

    ReplyDelete
  3. salam ida...
    seronok tgk ida n family gi jln2 ke s'pore..tempat ni lah yg xpernah sampai..ntah bila lah nk kesana ye...

    ReplyDelete
  4. salam kak, kita org yg tinggal kat s'pore pun tak naik ride tu.... mmg panas..... cuma msk tgk bunge api jer.... sgd5.oo dr jam 7 - 10mlm......

    ReplyDelete
  5. Dengo cite Ida pasal USS wah! cam tak berbaloi je pegi kan...tapi anak dara kak cek baru je pegi last 2 weeks...anak2 muda memang laratlah...he he kalau macam kita ni aduhai!..bab nak menunggu sampai berjam tu fuhhh....pening gak tu....
    Tak pelah....kak cek jenjalan kat sini jelah...he he he...

    ReplyDelete
  6. kzai,
    start engine jalan je...isi minyak penuh-penuh...singapore tu bukannya besar sangat...pusing-pusing tak tu juga...hehe...

    nora,
    tulah, bila dah depan mata semua pun tak teringinkan...:) orang jauh nilah yang sibuk sangat nak ke sana...

    cik cek,
    betul tu...tempat tu memang sesuai untuk orang muda je...lagi pun mata kkida ni naik pedih nengok bermacam gaya yang setengah tu sangat menjolok mata....

    ReplyDelete
  7. salam kak... thanx a lot for the info... mmg br bercadang nak ke USS... so kalu ke singapore, mayb cancel ke USS, pegi tempat lain... bek beli kitchen utensils (imported) yang cantek2 kat sana..... hmmmmm

    ReplyDelete
  8. Salam, klu nk cari surau sebnrnya nk kena jln ke sentosa, baru ade.. Nk kena tanye pekerja Islam Kat sana.. Mmg mhl klu nk pi sana.. Kita pn org s'pura mls ke sana. Ape2 pn hrp tk serik dtg lagi ke sini.:)

    ReplyDelete