seharian hari ni talian internet tiada kerana wayar talipon pada salah satu tiang talipon terputus. mungkin gara-gara cik kak monyet yang banyak di sekeliling rumah saya ni...sebenarnya rumah saya ni di kelilingi hutan rimba dan memang menjadi tempat penginapan berbagai jenis haiwan dan serangga...tak kira yang bahaya atau tidak...
oleh kerana tak boleh nak beronline hari ni, maka saya pun carilah apa-apa aktiviti yang boleh mengisi masa...hmmm....aktiviti apa lagi kalau bukan aktiviti ceruk dapur...lagi pun hari ni hari jumaat dan hujung minggu...rajinlah sikit nak masak something yang lain dari hari biasa...hehe...
setelah mencari-cari the best recipe di beberapa website, saya tertarik dengan resepi ini dan mencubanya hari ni...dan hasilnya memang sedap...saya adjust beberapa ingredients untuk sesuaikan dengan selera saya terutama kuantiti gulanya...jika anda nak cuba inilah resepinya...
bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
1 cawan gula
2 biji telur besar
1 tin (30 oz) fruit cocktail, termasuk juicenya sekali
No comments:
Post a Comment